
Vaginismus dan Peristiwa Racun Lontong
2025
First Published
3.50
Average Rating
108
Number of Pages
Seorang isteri yang ingin membunuh suaminya. Kekerasan dalam rumahtangga serta kehadiran orang ketiga menjadi alasan sekaligus sumbu dendam kesumat. Kaedah-kaedah pembalasan tak menjadi, lalu membawa kepada jalan akhir untuk memasuki dunia gelap—bagi melampiaskan hasad dan keinginan terhadap penyeksaan. Sebuah pertempuran panjang yang akhirnya mengorbankan nyawa serta memerangkap diri dengan penyesalan dan kemusnahan yang tak berkesudahan, ketika sedang menempuh usia tua. Vaginismus dan peristiwa racun lontong adalah sebuah esei yang merakam dan menelusuri perihal cinta, dendam dan kehidupan manusia yang rumit.
Avg Rating
3.50
Number of Ratings
2
5 STARS
0%
4 STARS
50%
3 STARS
50%
2 STARS
0%
1 STARS
0%
goodreads
Author

Ruhaini Matdarin
Author · 17 books
Dilahirkan di Hospital Queen Elizabeth dan dibesarkan di Kota Kinabalu, Sabah. Anak sulung daripada tiga orang adik-beradik, suka melancong dan membaca. Pada tahun 2006 menang tempat pertama peraduan mengarang cerpen sempena kempen Budi Bahasa Budaya Kita anjuran Kekwa, pada tahun 2008 menang Hadiah Sastera Sabah 2006/2007, kategori novel remaja menerusi novel Gadis Adikara dan pada tahun 2009 menang tempat kedua Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2008 menerusi novel Jendela Menghadap Jalan. Manakala Waris Pejuang menang Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2011 juga di tempat kedua.