


Books in series

#1
Vehaen
Satu Cerita
2013
Rif’at, anak kelahiran Palestin yang dibawa ke Malaysia dan dijadikan anak angkat. Dia mengimpikan sebuah tali persahabatan yang terbina dengan reda Allah. Impiannya tercapai apabila dia mengenali Imran.
“Ukhuwah, kadang-kadang bagi motivasi untuk kita lakukan sesuatu yang dapat membawa kita ke syurga. Supaya kita dapat bertemu di sana.”
Imran, pelajar yang bermasalah dan dianggap ketua taiko di sekolahnya. Dia mula insaf dan berubah ke arah kebaikan setelah mengenali Rif’at.
“Peluang paling besar yang aku rasa Allah pernah bagi pada aku, adalah peluang untuk kenal seorang sahabat bernama Aamir Rif’at.”
Amrullah, pengalaman menjadikannya lebih matang. Ketabahannya melayan kerenah Imran lama-kelamaan membuatkan ukhuwah mereka semakin rapat.
“Kalau dulu aku doakan kau tak jejak syurga, sekarang Allah kasi peluang untuk kita atur langkah sama-sama ke syurga. Indah kan aturan Ilahi?”
Ikatan persahabatan yang dibina di Vehaen University sangat berharga bagi Rif’at, Imran dan Amrullah. Namun, ukhuwah mereka diuji dengan pelbagai dugaan, seorang demi seorang. Mampukah mereka bertahan dengan ujian-ujian ini?

#2
Vehaen II
Rif'At
2016
RIF'AT. Dia kembali ke tempat asalnya untuk mencari keluarganya sementara masih ada kesempatan. Bermula dengan penglibatannya dengan pasukan perubatan dari Malaysia, Rif'at meneruskan hidupnya bersama anak tempatan apabila terjadinya satu serangan yang mengorbankan ramai rakannya. Bermulalah misi pencarian susur-galurnya di bumi Palestin itu.
NAJDAT. Remaja Palestin yang hidup sebatang kara di rumah perlindungan. Dirinya tidak pernah tersenyum sejak dia kehilangan segalanya. Namun semangatnya tetap teguh untuk membebaskan negaranya daripada cengkaman Zionis. Pertemuan dengan Rif'at mengukir kembali senyuman pada wajahnya. Dia merasakan seperti punya keluarga semula.
"Najdat...."
Najdat tidak menjawab tetapi dia mendengar.
"Boleh aku sertai pasukan ketenteraan kamu ini?"
Najdat menoleh sekilas, angguk, namun disusuli dengan syarat. "Selepas kau temui apa yang kau cari."
\\\*
Ainul Farihah yang kreatif berjaya menggarapkan kisah perang dengan teliti dan menarik sekali. Pembaca pastinya dapat merasakan semangat dan keikhlasan setiap pejuang dalam cerita ini. Sebuah cerita yang harus dibaca oleh anak muda Malaysia.

#3
Vehaen III
Sahabat Terakhir
2024
Yang seorang membuang memori, yang seorang mencari memori. Seorang ke utara dan seorang ke selatan.
Enam tahun lamanya Amrullah Khairi menghilangkan diri daripada hidup sahabatnya, Imran Fatih. ‘Dunianya’ suram dan kelam. Yang dia senangi cumalah rakan sepejabatnya yang sangat berprinsip – Farrah Amani. Namun si ceria itu, selalu membuat Amrullah rasa rendah diri (dan jengkel sekali gus).
Kau sebahagian dari masa silam dia yang hilang.
Pertemuannya dengan Imran akhirnya menutup jurang waktu. Namun Amrullah terasa jauh apabila melihat Imran menjadi seorang yang bahagia dan sukses. Imran menjadi presiden organisasi kemanusiaan Palestin yang aktif dan disenangi ramai.
Mereka kembali semula ke Vehaen University sempena program Ramadan with You Gaza 2024. Namun ada rintangan yang terbentang di depan mereka. Benarkan peluang kedua ini dapat menebus kesilapan Amrullah pada Imran, dan mengembalikan semula kemanisan dan kekuatan ukhuwah di antara mereka sekali lagi?
Aku nak sahabat aku ada dalam setiap fasa kehidupan aku... dan hantarkan aku ke liang lahad serta doakan aku selepas aku pergi. Aku akan buat hal yang sama untuk kau, Am. – Imran
\\\*
AINULFARIHAH yang prolifik, menoktahi Vehaen III: Sahabat Terakhir dengan cantik sekali. Kesinambungan ceritanya tersusun, watak-wataknya dewasa, mood pembaca dijaganya dengan berhati-hati dalam trilogi ini. Sebuah kisah persahabatan yang indah. Syabas!
– Noor Suraya, Editor
