
Alias seorang yang introvert telah membuat keputusan untuk menyewa seorang diri di rumah sewa barunya. Pada malam pertama di situ, dia telah disapa oleh seorang gadis jelita yang berkebaya putih dan berkain batik bernama Wangi. Hubungan mereka semakin mesra selepas Alias menghantar Wangi ke tempat kerja dan akhirnya Alias telah jatuh cinta pada gadis itu. Cinta Alias tidak bertepuk sebelah tangan kerana Wangi turut menyukainya. Namun keadaan menjadi semakin pelik kerana orang di sekeliling mereka menafikan kewujudan Wangi. Pada satu malam, ibu jari kaki Alias digigit oleh sesuatu. Hal ini berlarutan selama tiga hari berturut-turut sehingga membuatnya jatuh sakit. Apakah sebenarnya yang terjadi? Adakah Alias telah terjerumus ke lembah permainan syaitan?