
❝ Kamu sudah hampir di situ. ❞ Suara datuk terngiang-ngiang. Datuk tidak menyimpan rahsia kandungan manuskrip purba itu, sebab dia sendiri masih mencari jawabannya. Jika tahu, sudah lama datuk mendedahkannya kepada dunia. Dia hanya mencari tempat menyandarkan kebimbangannya tetang tidak menemui jawaban sehingga akhir ajalnya. Universiti Leiden. Ratu Victoria. Benjamin Disraeli. Andrew Clarke. Raja Abdullah. Negeri-Negeri Selat. Lord Kimberly. Perancis. Syarikat Hindia Timur. Rahsia besar dari Tanah Melayu atau rahsia besar bahasa Melayu? Bagaimanakah jika ia ditemui? Apakah dunia akan berubah? Bagi Hadi, di mana harus dia mulakan. ______________________________ Novel ini telah memenangi tempat KEDUA Pertandingan Novel Remaja Hadiah Sastera Kumpulan Utusan (ExxonMobil) 2011 Pertama Deru Angin Hafizah Iszahanid Kedua Waris Pejuang Ruhaini Matdarin Ketiga Rimba Jiwa Sri Rahayu Mohd Yusop Hiasan Latar Kulit : koleksi Naza Hamed -
Author
