Margins
2007
First Published
4.00
Average Rating
192
Number of Pages

Warna Perang menghimpunkan karya-karya yang telah dinobatkan sebagai pemenang Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2006 iaitu; 10 buah cerpen, 10 buah puisi dan 2 buah rencana sastera. Karya-karya tersebut merupakan cetusan daripada idea-idea pengarang mapan dan pengarang generasi baharu. Karya-karya yang termuat dalam antologi ini memperlihatkan kematangan pengarang dalam menggarap isu-isu semasa sosial, budaya, ekonomi dan politik yang bersifat setempat dan sejagat. Kepekaan pengarang juga jelas terpancar melalui pemilihan subjek yang memaparkan bibit-bibit pemikiran dekolonisasi rohani. Pemikiran ini menggamit keyakinan diri terhadap kekuatan akar tradisi bangsa sebagai senjata untuk menghadapi godaan dan cabaran hegemoni neokolonialisme. Puisi "Warna Perang" yang menjuduli antologi ini membawa mesej perang yang ditafsirkan sebagai angkara nafsu yang mengakibatkan kedukaan, kehancuran kedamaian, dan sentiasa mengancam kehidupan manusia tanpa kesudahan. Secara tidak langsung, khalayak diajak untuk memikirkan kesan buruk akibat perang dan menjauhinya sedaya mungkin. -

Avg Rating
4.00
Number of Ratings
6
5 STARS
33%
4 STARS
33%
3 STARS
33%
2 STARS
0%
1 STARS
0%
goodreads

Authors

Ahmad Kamal Abdullah
Ahmad Kamal Abdullah
Author · 1 books

**Sasterawan Negara ke-11** Dato' Dr. Haji Ahmad Kamal bin Abdullah juga dikenali dengan nama Kemala. Selain pernah juga menggunakan nama A.K., Ahmad Jiwa, Dur Kasih, Nur Hiryati dan Nirwana.. Dalam dunia akademia, beliau lebih senang dikenali sebagai Dr. Ahmad Kamal Abdullah. Begitu juga apabila beliau menulis ilmiah, desertasi mahupun esei. Sebagai penyair, beliau menggunakan nama Kemala. Dilahirkan pada 30 Januari 1941 di Gombak, Selangor, Malaysia. Mendapat pendidikan awal di sekitar Kuala Lumpur. Pernah belajar di Institut Dharma ( Inggeris ) pada tahun 1956. Menjadi guru pelatih di Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak ( 1958-1962 ) Lulus Sijil Persekolahan ( 1962 ) dan Sijil Tinggi Persekolahan ( 1974 ) secara persendirian. Mengikuti pengajian luar kampus ( 1975-1980 ) di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang sehingga memperoleh Ijazah Sarjana Muda yang diikuti Sarjana Sastra ( 1985 ) dan Ijazah Doktor Falsafah ( 2000 ) dengan desertasinya berjodol Simbolisme Dalam Puisi Islam di Malaysia 1970-1990. Pengalaman mengajar ( sebagai guru ) pada tahun 1962-1968 sangat mempengaruhi jiwanya sebagai pendidik. Biarpun kemudian beliau berpindah ke Dewan Bahasa dan Pustaka, menyelaras majalah Dewan Sastera, Dewan Budaya, Majalah Perisa, sifat pendidik beliau sangat terasa. Sebagai Pegawai Perancang Bahasa Tingkatan Kanan, juga seorang penyair kawakan, beliau tetap merendah diri dan budiman terhadap karyawan muda. Kegiatan penulisan Kemala sejak di bangku sekolah dasar. Cerpennya Pengembaraan Ahmad pernah memenangi hadiah di majalah Hiburan. Ketika di Maktab, beliau memestaskan Sri Lembayung. Namun puisilah bakat beliau yang sebenar. Sejak tahun 1960an lagi, puisinya terkandung dalam antologi bersama Laungan ( 1966 ) Telok Gong dan Suara Tujuh ( 1969 ) Antologi ini merupakan perjuangan hidup masyarakat bawahan kaum tani dan buruh. Mulai tahun 1970an, Kemala tampil dengan keperibadiannya sendiri. Bersama Latiff Mohidin, Dharmawijaya, Zurinah Hassan, Baha Zain dan Muhamad Haji Salleh, nama beliau berada di puncak teratas. Keprolifikan Kemala berakhir dengan lahirnya kumpulan puisi Timbang Terima ( 1970 ) Meditasi ( 1972 ) Kaktus-Kaktus ( 1976 ) Ayn ( 1983 ) ERA ( 1985 ) Pelabuhan Putih ( 1989 ) Titir Zikir ( 1995 ) MIM ( 1999 ) Ziarah Tanah Kudup ( 2006 ) Syurga ke Sembilan ( 2009 ) yang mendapat sorotan luas sebagai penyair Melayu berjiwa Saadi, Rumi atau Khalil Gibran. Puisi kerohaniannya nalar seakan Abdul Hadi WM dan Taufiq Ismail sehingga tak cukup wangkang untuk memunggah karyanya ke bahasa asing seperti Inggeris, Rusia, Perancis, Jerman, Itali, Romania, Slovakia, Arab, Nepal, Serbo, Tamil, Cina, Thailand dan sebagainya. Pada 21-25 Ogos 1986, beliau ke Struga Poetry Reading, Struga Macadonia. April 1990 ke Asean Voice in English di University Hong Kong, International Conggres og Conparative Literature Association, Tokyo ( 1991 ) International Writing Program di Iowa University, Amerika Syarikat. Pencapaian dan hadiah yang dimenanginya lumayan banyak. Malam Perhitungan ( drama ) memenangi hadiah Majlis Drama Malaysia ( 1971 ) Puisinya, Laut dan Meditasi ( Hadiah Karya Sastra, 1972 ) Maknawi Itu, Kasihku ( 1975 ) Pada Setiap Kali kau Tiba, Ogos, Bahawa Cinta Itu Kasihku ( 1976 ) Lelabah, Laut dan Cekerawala ( 1982/83 ) Dalam organisasi pula, sebagai Ketua Satu Persatuan penulis Nasional Malaysia ( PENA - 1983-1984 ) Setiausaha Satu Gabungan Penulis National Malaysia ( GAPENA - 1972-1974 ) Menerima SEA Write Award di Bangkok pada 1986.

548 Market St PMB 65688, San Francisco California 94104-5401 USA
© 2025 Paratext Inc. All rights reserved