
Warna Sebuah Lembah
By Osman Ayob
1990
First Published
502
Number of Pages
Belum pernah permasalahan sebuah masyarakat setinggan digarap sedemikian sensitif hingga yang terserlah ialah rantai peristiwa yang penuh mencabar dan dramatik. Setelah sekian lama bergaul dengan masyarakat setinggan, Osman Ayob telah berjaya merakamkan pelbagai peristiwa suka duka yang dialami oleh kelompok tersebut. Pelukisan yang jujur dan berterus terang digambarkan dengan begitu hidup dan terperinci sehingaa pembaca dapat mengenal watak-watak seperti Ramlan, Zaharah, Long Lamit, Seman Teksi, Berahim Kedai dan lain-lain. Kisah yang dipaparkan merupakan kisah masyarakat, kisah yang mungkin dialami oleh sesiapa sahaja dan di mana sahaja. Ia mewakili suara sebahagian masyarakat yang hidup dalam serba kekurangan, kedaifan dan kesengsaraan. Novel ini berjaya membongkar resah gelisah golongan bawahan dalam menghadapi hidup dan mewarnai masa depan mereka.