
JULIA. Dia pernah bahagia sebagai isteri. Ada suami tercinta. Anak-anak yang comel. Namun kecurangan suami yang bermain asmara dengan klien sendiri merentap segalanya. Julia undur diri. Enggan bermadu. Tahu suami takkan mampu menjunjung adil. GHAZI. Penuh aura seorang lelaki gilaan para Hawa. Penuh rahsia. Misteri. Tapi dia sungguhlah handsome namatee! Satu insiden malang mencipta pertemuan manis tak terduga antara mereka. “Nama penuh I, Julia. Julia binti Raslan. Jue tu nama panggilan.” “I see. Nice meeting you, Julia.” “Nice meeting you too, encik. Nama encik apa ya? Takkan nak panggil encik tak tahu nama.” “Just call me Ghazi.” Dan pertemuan itu bukan yang pertama dan terakhir. Pertemuan demi pertemuan tercipta. Pesona Ghazi mudah sahaja menawan hati anak-anak Julia. Hati dan jiwa Julia ikut terbuai. Namun sangsi masih bertakhta. Sakit dahulu tak mungkin terulang. “I tak mahu ambil risiko. Hati I belum terbuka untuk cari pengganti.” – Julia “I ikhlas, Julia. Jom, kita bina masa depan bersama.”– Ghazi Pengakuan Ghazi yang terlalu mendadak buat Julia menggelabah. Puas elak dan tepis, namun bijak disanggah Ghazi yang enggan melepaskan Julia yang sudah mencuri hatinya. “Julia…will you gave me a chance?” – Ghazi “I tak kenal you siapa, Ghazi. Nak bagi peluang macam mana? You tell me.” – Julia Kala segalanya hampir pasti, kemunculan bekas suami Julia dengan satu permintaan yang tak disangka-sangka menghuru-harakan segalanya. Akan terciptakah bahagia antara Julia dan Ghazi?