Margins
Yang Bernama Cinta book cover
Yang Bernama Cinta
2015
First Published
3.85
Average Rating
420
Number of Pages

Pulangnya jiran depan rumah dari luar negara buat sejarah lama yang cuba dilupakan Hani tersingkap kembali. Tapi peliknya, lelaki itu bagai lupa yang mereka pernah ada sejarah silam yang menyakitkan. “Bagi nombor telefon.” – Hazril “Nak buat apa?” – Hani “Agak-agak nombor telefon tu boleh buat gulai tempoyak tak?” – Hazril Perubahan drastik Hazril buat hidup Hani yang tenang-tenang selama ini bertukar huru hara. “Semalam tu...sebab tangan aku macam dah mencabul kau. Senang cerita kita kahwin ajelah.” – Hazril “Kau pernah tak sarapan dengan kaki kerusi? Kalau tak pernah, tolong hentikan bercakap benda mengarut.” – Hani Jenuh mengelak, tapi.... api cinta yang Hazril tiupkan terlalu kuat. Kerana rasa itu memang sudah lama ada di situ, ianya sangat mudah dihidupkan. Sampai satu tahap, kerana cinta, dia sanggup apa saja walau berkahwin tanpa restu keluarga. ~ Saya panjat ikut tingkap, sembunyi-sembunyi masuk bilik awak ya? - Hazril + Jangan buat lawak boleh tak? Saya tengah sakit ni - Hani Sampai bilakah mereka harus main sembunyi-sembunyi, intai-intai balik pintu? Apa akan jadi bila Hazril diharuskan berkahwin dengan wanita lain hanya kerana kesilapan silamnya sedang hubungan mereka masih menjadi rahsia? Dan... tatkala setia yang diharapkan menjadi terlalu mahal harganya, luka lama yang sudah bertampal kembali berdarah.

Avg Rating
3.85
Number of Ratings
113
5 STARS
25%
4 STARS
43%
3 STARS
26%
2 STARS
4%
1 STARS
2%
goodreads

Author

548 Market St PMB 65688, San Francisco California 94104-5401 USA
© 2025 Paratext Inc. All rights reserved