
.. tiada manusia yang berseorangan ... Cinta ini menolak hukum alam. Seperti cuba mencampurkan air dengan minyak, mempersahabatkan malaikat dengan syaitan, menyatukan kehidupan dan kematian. Cinta ini cinta yang mustahil. “Puteri Silfia... kita hamba Tuhan yang sama tetapi dunia kita berbeza...” Azmi merenung mata puteri kayangan di depannya. Di mata Azmi, Silfia amat cantik. Meski bersayap dan bertanduk kecil. Sampai ke tahap manakah seseorang sanggup berkorban untuk cinta? Sesetengah orang mungkin sanggup kehilangan segala-galanya untuk cinta. Dan mungkin ada yang sanggup merenangi lautan api untuk cinta. Tapi berapa ramai yang sanggup berkelana ke dunia dimensi lain demi cinta? Untuk cinta Azmi sanggup ke dunia jin! Kerana persahabatan pula tiga siswa USM sanggup ke sana untuk menyelamatkan Azmi dan terperangkap di medan yuda! Tapi bagaimanakah kesudahan perang antara dua bangsa jin itu? * * * Sebuah roman percintaan luar biasa, dipersembahkan dengan cara yang tersendiri oleh XARINE!
Authors

Khairi Mohd seorang penulis fantasy thriller yang pernah menulis untuk Buku Fixi dan Jemari Seni. Beliau peminat tegar Dan Brown selain Muse, Ed Sheeran dan Projector Band. Khairi Mohd, terkini, aktif dalam proses menerbitkan sendiri buku beliau di bawah syarikat AntiGraviti Publishing. Cerita beliau boleh diikuti di khairi-mohd.blogspot.com, just a santai reading after you put down your book. Antara buku yang ditulis Khairi Mohd: - Bintang-bintang ke syurga (2009) terbitan Jemari Seni - Yuda di padang maya (2010) terbitan Jemari Seni - Adamaryam (2011) terbitan Jemari Seni - semua karya di atas menggunakan pseudonym Xarine. - Kasyaf (2013) terbitan Buku Fixi