Zoology tampil dengan seribu pendedahan dan realiti yang dihadapi oleh jutaan warga kota masa kini yang sentiasa berdepan dengan dugaan hidup. Umpama refleksi bayangan hidup semasa, Zoology membawa anda semua untuk bersama-sama merenung realiti duniawi yang terlazim di dalam hitam putih kehidupan kota. Sekelompok artis muda berbakat ini membawa anda menjengah ke satu dimensi penyampaian komik yang lebih provokatif dan berani - mengupas pelbagai masalah dan gejala yang semakin menjarakkan nilai-nilai murni penghuni kota.