Margins
Margins
Sign in
Margins
Subscribe to our newsletter
548 Market St PMB 65688, San Francisco California 94104-5401 USA
hello@margins.app
·
+1 (650) 223-5283
Privacy Policy
·
Terms of Use
© 2026 Paratext Inc. All rights reserved
📚 Ainul Farihah
📚
Ainul Farihah
Yang Paling Patah Antara Kita Extended
2025
Ainul Farihah
“Kau okey?” Ringkas. Tetapi paling susah nak jawab. Walau yang tanya itu sahabat yang paling rapat. Walau yang tanya itu ahli keluarga sekalipun. Susah tatkala sebenarnya kita mahu menjawab,”Tak”, tetapi hati sendiri tak pasti apa yang akan jadi lepas tu. Takut hilang kawan. Takut kena marah. “Kau okey tak ni?” Dia hanya senyum segaris. Macam biasa. Sebuah novel drama psikologikal yang mengetengahkan kesihatan mental dan juga stigma masyarakat
Matahari Pun Terluka
2025
Ainul Farihah
"Kalau sedih kena buat apa, Kirana?" "Menangis." "Kalau sedih, kalau marah, jangan buat apa?" "Jangan sakiti diri sendiri." "Dah, menangis. Lepaskan rasa sakit dekat dalam dada tu, itu gunanya Tuhan cipta air mata. Air mata jadi wakil pada perasaan, baik waktu kita gembira atau waktu kita sedih. Kita sahaja tahu apa-apa yang kita rasa." Lantas air mata terasa tidak adil. Kenapa manusia ini tidak menggunakannya sebagaimana tujuannya diciptakan? Kirana terus menangis teresak-esak hingga terasa lega.
Semesta Terakhir Untuk Kita
2024
Ainul Farihah
“Tali raket aku putus, Kil,” laung Jett. Perlawanan masih berterusan. “Takpe aku cover! Kau ambil raket baru!” \
\
\* Akil dan Jett—asalnya seteru dalam dunia badminton. Namun demi memenangi Piala Cakerawala, mereka sanggup ketepikan ego masing-masing demi membentuk pasukan beregu. Tanpa disangka, mereka menjadi pasukan terhebat di Kolej Angkasa. Sejak itu, mereka semakin rapat. Hanya dengan Jett, Akil boleh jadi diri sendiri. Bagi Jett pula, Akil ialah sahabatnya yang paling terpercaya. Namun apabila Akil syak mereka menyukai orang yang sama, semesta mereka bergolak. Keadaan semakin tegang apabila Jett enggan berterus terang. Alasannya, dia tak mahu persahabatan mereka terjejas. Ini Piala Cakerawala yang terakhir dan mereka perlu menang. Terkilan, Akil mula ponteng latihan. “Jett, kau cuma kisah tentang Piala Cakerawala kau je kan?” \
\
\* Ketika bahang Piala Cakerawala semakin terasa, sengketa Akil–Jett juga semakin membara. Mampukah mereka menjulang pingat emas seperti yang dijanjikan? Atau mungkin sebenarnya, ada sesuatu yang lebih penting untuk diselamatkan?
Vehaen
Series • 3 books
Ainul Farihah
Bintang Tanpa Nama
2024
Ainul Farihah
Bintang tanpa nama, barangkali begitulah kita dalam hidup seseorang. Bersinar dan wujud tetapi tidak didendang. Terpulang—dan demikianlah Ilham dan Aya yang menjadi bintang sesama sendiri. Di kota sederhana Kuantan, Aya menelusuri hari-harinya sebagai seorang peguam jenayah ditemani Ilham, lelaki yang pernah disukainya. Ilham, penyeduh kopi di kafe ‘Kita, Usai’ punya cerita tersendiri di sebalik senyumannya yang penuh tawa dan terkadang lara. Sejak mereka bertemu kembali, fasa demi fasa ditempuhi dalam waktu yang singkat—kehilangan, kemaafan, persahabatan, kekeluargaan dan cerita silam yang sentiasa melingkari hidup mereka berdua. Siapakah yang akan menyakiti dirinya sendiri? Aya atau Ilham? Entahlah, mungkin kamu juga. Orang yang sering membuka ruang untuk disakiti.