
2016
First Published
4.36
Average Rating
160
Number of Pages
Part of Series
Meneruskan legasi kegemilangan siri antologi komik AKU, KAU & CINTA, buku ketiga ini menampilkan artis-artis Komik-M seperti Froggypapa, Reja, Ain Lavendra, Kaher, Ashkun, dan Pac. Istimewa kali ini, turut dimuatkan karya-karya pemenang Cabaran Komik Online Malaysia 2015 (CKOM2015) yang dianjurkan bersama portal komik online MatKomik .com
Avg Rating
4.36
Number of Ratings
11
5 STARS
64%
4 STARS
9%
3 STARS
27%
2 STARS
0%
1 STARS
0%
goodreads
Authors

Reja
Author · 5 books
Reja, bukan satu nama yang asing bagi peminat Komik-M. Beliau mula berkecimpung dalam bidang komik secara serius pada tahun 2008 apabila terbitnya komik sulung beliau berjudul Shootz! bersama Komik-M. Semenjak itu, graduan ijazah Universiti Kebangsaan Malaysia ini tidak menoleh ke belakang lagi. Selain meneruskan penghasilan siri komik Shootz!, beliau turut menghasilkan siri nomik (novel + komik) yang popular iaitu Young Aisyah. Siri ini dilesen dan diterbitkan di negara jiran, Indonesia. Menerusi karya-karyanya ini, Reja pernah beberapa kali disenaraikan sebagai finalis dalam Anugerah PeKomik Malaysia. Kini, Reja menjadi pelukis komik sepenuh masa di samping aktif mengendalikan bengkel melukis komik anjuran Komik-M di sekolah-sekolah seluruh Malaysia.

Ash Kun
Author · 7 books
Ash Kun adalah artis komik yang popular dengan siri komik Adiwira. Beliau adalah graduan Universiti Teknologi Mara Shah Alam dalam jurusan Graphic Design.Ikuti perkembangan beliau di:www.facebook.com/ash.kun.3 dan www.instagram.com/ashkun86

Pac .
Author · 3 books
Pac, antara artis komik tempatan yang unik kerana tidak ramai artis komik yang menjadikan sains sebagai teras dalam karya. Sebelum menyertai Komik-M lagi, kebanyakan karya Pac di beberapa majalah komik tempatan sememangnya sudah sinonim dengan tema robot dan fiksyen sains. Disebabkan kecenderungan itu, maka terhasillah siri komik TWINX di Komik-M yang pernah dinobatkan sebagai Komik Terbaik dalam Anugerah Pekomik pada tahun 2010.

