Margins
Aku, Kau & Cinta book cover 1
Aku, Kau & Cinta book cover 2
Aku, Kau & Cinta book cover 3
Aku, Kau & Cinta
Series · 5 books · 2011-2025
By Miras, Pakngah Alipz, Aieuna, and more

Books in series

Aku, Kau & Cinta #1 book cover
#1

Aku, Kau & Cinta #1

Cinta Pandang Pertama

2011

Novel grafik ini amat sesuai dijadikan koleksi peribadi dan juga hadiah kepada orang yang dicintai. Terdapat 9 komik istimewa yang bertemakan cinta. Antara pelukis dan penulis yang terlibat adalah, Tembakau, Bophairy, Ash Kun, Lavendra, Poyo, Reja, Shahrul Akram, Choppy, Lavendra dan Farihah Iskandar.
Aku, Kau & Cinta #2 book cover
#2

Aku, Kau & Cinta #2

Cinta K-Pop

2012

Mengandungi lapan komik cinta yang unik hasil inspirasi Korea Pop ( K-Pop ).
Aku, Kau & Cinta #3 book cover
#3

Aku, Kau & Cinta #3

3 Dimensi

2016

Meneruskan legasi kegemilangan siri antologi komik AKU, KAU & CINTA, buku ketiga ini menampilkan artis-artis Komik-M seperti Froggypapa, Reja, Ain Lavendra, Kaher, Ashkun, dan Pac. Istimewa kali ini, turut dimuatkan karya-karya pemenang Cabaran Komik Online Malaysia 2015 (CKOM2015) yang dianjurkan bersama portal komik online MatKomik .com
Aku, Kau & Cinta #4 book cover
#4

Aku, Kau & Cinta #4

Istimewa OKU

2021

Antologi komik khas yang menampilkan komik-komik pendek yang bertemakan ‘OKU’ (orang kelainan upaya) daripada artis-artis komik seperti berikut: Retak oleh BEN WONG Kosong oleh KIMI Cita-Cita oleh PAKNGAH ALIPZ Buku Conteng oleh RAION Teman Sebilik oleh MIRAS Hati Emas oleh HUZZA Gajah Paling Bergaya oleh FROGGYPAPA
Aku, Kau & Cinta #5 book cover
#5

Aku, Kau & Cinta #5

Melodi

2025

Antologi komik khas yang menampilkan komik-komik pendek yang bertemakan ‘melodi’ daripada artis-artis komik seperti berikut: Eka Asmara oleh NUREL Hembus Pesona oleh DRIMZT Memori Pesona oleh SYEWE YOSS Alunan Irama oleh AIEUNA Lagu Cinta oleh ESSKAZU & ANI MAZNI Rantai Kunci oleh AMIRAH

Authors

Pac .
Pac .
Author · 3 books

Pac, antara artis komik tempatan yang unik kerana tidak ramai artis komik yang menjadikan sains sebagai teras dalam karya. Sebelum menyertai Komik-M lagi, kebanyakan karya Pac di beberapa majalah komik tempatan sememangnya sudah sinonim dengan tema robot dan fiksyen sains. Disebabkan kecenderungan itu, maka terhasillah siri komik TWINX di Komik-M yang pernah dinobatkan sebagai Komik Terbaik dalam Anugerah Pekomik pada tahun 2010.

Reja
Reja
Author · 5 books
Reja, bukan satu nama yang asing bagi peminat Komik-M. Beliau mula berkecimpung dalam bidang komik secara serius pada tahun 2008 apabila terbitnya komik sulung beliau berjudul Shootz! bersama Komik-M. Semenjak itu, graduan ijazah Universiti Kebangsaan Malaysia ini tidak menoleh ke belakang lagi. Selain meneruskan penghasilan siri komik Shootz!, beliau turut menghasilkan siri nomik (novel + komik) yang popular iaitu Young Aisyah. Siri ini dilesen dan diterbitkan di negara jiran, Indonesia. Menerusi karya-karyanya ini, Reja pernah beberapa kali disenaraikan sebagai finalis dalam Anugerah PeKomik Malaysia. Kini, Reja menjadi pelukis komik sepenuh masa di samping aktif mengendalikan bengkel melukis komik anjuran Komik-M di sekolah-sekolah seluruh Malaysia.
Kimi .
Author · 1 book
Malaysian illustrator / comic artist
Tembakau
Tembakau
Author · 5 books
Tembakau atau nama sebenarnya Azhar bin Ahmad, mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Iskandar Shah, Parit dan seterusnya Sek. Men. Keb. Agama Sultan Azlan Shah, Bota. Dalam menyambung pelajarannya, beliau keluar masuk IPT tetapi tidak pernah dapat menghabiskan pengajian beliau kerana sifatnya lebih cenderung ke arah seni persembahan teater dan lukisan. Dalam tahun 1994, beliau memulakan profesion selaku pelukis storyboard bagi animasi bersiri pertama Malaysia Usop Sontorian terbitan Kharisma Pictures. Dari situ dia mengolah kraf penceritaan dan mempertajamkan lagi lukisannya dengan menghasilkan kartun lerai untuk majalah Ujang. Pada tahun 1997, dia menghabiskan naskhah komik pertamanya yang berjudul Kartini terbitan Multi Triple Vision Sdn. Bhd. Secara tidak langsung, Kartini Kembali adalah kesinambungan dari Kartini dan naskhah kedua daripada Tembakau yang pernah dikeluarkan secara bersiri dalam Aku dan Sesuatu terbitan Aie Production.
Ash Kun
Ash Kun
Author · 7 books
Ash Kun adalah artis komik yang popular dengan siri komik Adiwira. Beliau adalah graduan Universiti Teknologi Mara Shah Alam dalam jurusan Graphic Design.Ikuti perkembangan beliau di:www.facebook.com/ash.kun.3 dan www.instagram.com/ashkun86
Ben Wong
Ben Wong
Author · 19 books
Ben Wong ( 王忠豪) atau lebih dikenali sebagai Ben, bukan satu nama asing di persada komik tempatan. Beliau adalah artis komik tempatan pertama yang memenangi anugerah International Manga Award di Jepun pada tahun 2007. Sebelumnya, beliau juga popular dengan beberapa siri komik yang diterbitkan oleh majalah komik tempatan.
548 Market St PMB 65688, San Francisco California 94104-5401 USA
© 2026 Paratext Inc. All rights reserved
Aku, Kau & Cinta