
2026
First Published
112
Number of Pages
Part of Series
Antologi komik khas yang menampilkan komik-komik pendek bertemakan ‘GAZA’ daripada artis-artis komik seperti berikut: Terowong Cahaya oleh BAHRUDDIN BEKRI & ZENI Lensa oleh FAIEZ IZWAN Tuyur oleh JIWAZURO Cinta Gaza oleh REJA Is'af oleh MUHD SALIMI & PAC Satu Sen oleh MUHD SALIMI & ZYLL FATHE
Authors

Reja
Author · 6 books
Reja, bukan satu nama yang asing bagi peminat Komik-M. Beliau mula berkecimpung dalam bidang komik secara serius pada tahun 2008 apabila terbitnya komik sulung beliau berjudul Shootz! bersama Komik-M. Semenjak itu, graduan ijazah Universiti Kebangsaan Malaysia ini tidak menoleh ke belakang lagi. Selain meneruskan penghasilan siri komik Shootz!, beliau turut menghasilkan siri nomik (novel + komik) yang popular iaitu Young Aisyah. Siri ini dilesen dan diterbitkan di negara jiran, Indonesia. Menerusi karya-karyanya ini, Reja pernah beberapa kali disenaraikan sebagai finalis dalam Anugerah PeKomik Malaysia. Kini, Reja menjadi pelukis komik sepenuh masa di samping aktif mengendalikan bengkel melukis komik anjuran Komik-M di sekolah-sekolah seluruh Malaysia.

Pac .
Author · 4 books
Pac, antara artis komik tempatan yang unik kerana tidak ramai artis komik yang menjadikan sains sebagai teras dalam karya. Sebelum menyertai Komik-M lagi, kebanyakan karya Pac di beberapa majalah komik tempatan sememangnya sudah sinonim dengan tema robot dan fiksyen sains. Disebabkan kecenderungan itu, maka terhasillah siri komik TWINX di Komik-M yang pernah dinobatkan sebagai Komik Terbaik dalam Anugerah Pekomik pada tahun 2010.


