Margins
Sign in
Margins
548 Market St PMB 65688, San Francisco California 94104-5401 USA
hello@margins.app
·
+1 (650) 223-5283
Privacy Policy
·
Terms of Use
© 2026 Paratext Inc. All rights reserved
BISIK
BISIK
Series · 3 books · 2012-2015
By
Syaihan Syafiq
Books in series
#1
BISIK
2012
Mikael
berpindah rumah selepas teman serumahnya mati terjatuh dari balkoni. Namun di pangsapuri baru,
Mikael
mula hilang ingatan dan didatangi
BISIK
yang muncul secara rawak. Tambah mengelirukan apabila teman serumah barunya
Nazzman
, ialah seorang yang amat mencurigakan; biarpun tidak mempercayainya secara penuh,
Mikael
melihat
Nazzman
sebagai orang yang mampu membantu memulihkan ingatannya.
Mikael
juga mula menjalinkan hubungan dengan
Suraya
, perempuan yang pernah menjadi kekasih bekas teman serumahnya. Namun apabila kejadian tragis menimpa
Suraya
,
Mikael
mengesyaki
Nazzman
sebagai dalang. Apakah punca bisik-bisik yang mengganggu
Mikael
? Dan siapakah
Nazzman
sebenarnya? \
\
\
\
\
\
\
\
\
\
\
\
\
\
\
\
\
\
\
\
\
\
\
\
Novelis : Syaihan Syafiq Md. Syaihan Syafiq bin Mohd. Anuar lahir di Kelantan tetapi dibesarkan sepenuhnya di Pulau Pinang. Lima tahun di Penang Free School adalah katalis kepada minat untuk mula menulis. Mengambil jurusan TESL di Universiti Kebangsaan Malaysia, namun masih mahu terokai bidang penulisan secara serius. Seorang penggemar kucing, teh tarik dan teater. Pencapaian terbaik dalam bidang teater setakat ini adalah tempat ketiga mewakili UKM untuk Festival Teater MAKUM 2011. Punya blog ngomelsikit.blogspot.com dan twitter @shandye tetapi agak malas berada di atas talian. Pada tahun 2012, penulis menjalani praktikal di Alor Gajah, Melaka. Rekabentuk dan rekaletak : teckhee.blogspot.com Perunding : Amaruhizat, Amir Muhammad & Hani Amira Suraya Cetakan Pertama : April 2012 Cetakan Kedua : Ogos 2012 Cetakan Ketiga : Disember 2012 Cetakan Keempat : Jun 2013 Cetakan Kelima : April 2014 Cetakan Keenam : Mei 2014 Cetakan Ketujuh : Ogos 2014
#2
KOYAK
2013
Sambungan kepada novel bestseller [BISIK](https://www.goodreads.com/book/show/13514659-bisik?from_search=true). Setahun berlalu dan banyak hal telah berubah. Mikael tahu dia sakit, dia mahu pulih. Dia diasingkan dan dirawat oleh Dr. Iesmawi. Perlahan-lahan Mikael tidak ingat akan rakan-rakannya yang dulu pernah akrab terhadapnya. Mindanya seakan dikoyak-koyak. Julia dan Shah hanya mahu melupakan mimpi ngeri yang mereka lalui dan mulakan hidup baru. Atas bantuan Fairudz, mereka bertemu kedamaian di bumi Labuan Namun ada pula yang koyak hatinya dan mahu membereskan apa yang belum sudah. Dia mahu memburu seseorang. Demi sesuatu yang tidak terlunas, dia sanggup lakukan apa saja untuk menjejaki Julia, Shah dan semestinya Mikael—walaupun harus membunuh. Cetakan Pertama : Disember 2013 Cetakan Kedua : Mac 2014 Cetakan Ketiga : Mei 2014
#3
Trilogi Bisik #3
2015
Buku terakhir dalam trilogi BISIK. Julia sudah dua kali terselamat. Dia berasa bagaikan baru sahaja usai keluar mulut buaya, masuk mulut harimau. Namun dia tahu bahawa dirinya merupakan jauh daripada benar-benar selamat. Ada seseorang yang masih lagi sedang memburunya dan memburu rakan-rakannya. Mikael tidak mengetahui akan bahaya yang sedang direncana dengan rapi oleh seseorang di luar sana terhadapnya. Orang itu sedang menunggu waktu yang sesuai untuk bertindak, dan bila lagi waktu yang paling ampuh kalau bukan sekarang? Hidup Julia dan Mikael akan bertemu, berlaga dan terhurai selengkap-lengkapnya dalam buku terakhir ini. Dari mana datangnya suara-suara yang sering menggangu Mikael, siapakah sebenarnya yang mahu membunuh mereka, dan lebih penting lagi, siapakah Nazzman dalam diri Mikael? M untuk Mikael. M untuk Mesti. M untuk Mati.
Author
Syaihan Syafiq
Author · 11 books