
Part of Series
Buku terakhir dalam trilogi BISIK. Julia sudah dua kali terselamat. Dia berasa bagaikan baru sahaja usai keluar mulut buaya, masuk mulut harimau. Namun dia tahu bahawa dirinya merupakan jauh daripada benar-benar selamat. Ada seseorang yang masih lagi sedang memburunya dan memburu rakan-rakannya. Mikael tidak mengetahui akan bahaya yang sedang direncana dengan rapi oleh seseorang di luar sana terhadapnya. Orang itu sedang menunggu waktu yang sesuai untuk bertindak, dan bila lagi waktu yang paling ampuh kalau bukan sekarang? Hidup Julia dan Mikael akan bertemu, berlaga dan terhurai selengkap-lengkapnya dalam buku terakhir ini. Dari mana datangnya suara-suara yang sering menggangu Mikael, siapakah sebenarnya yang mahu membunuh mereka, dan lebih penting lagi, siapakah Nazzman dalam diri Mikael? M untuk Mikael. M untuk Mesti. M untuk Mati.
Author

Md. Syaihan Syafiq bin Mohd. Anuar atau lebih dikenali sebagai Syaihan Syafiq (lahir pada 28 Jun 1985) lahir di Kota Bharu, Kelantan, lebih dikenali sebagai penulis kepada trilogi novel yang berjudul Bisik yang mula diterbitkan oleh Buku Fixi pada April 2012, disusuli dengan sambungannya Koyak pada Disember 2013 dan novel terakhir dalam siri berkenaan, berjudul M pada April 2015. Syaihan Syafiq mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Bukit Gelugor, Pulau Pinang (1992-1998) dan ke Sekolah Menengah Kebangsaan Penang Free (1999-2000). Seterusnya beliau mendapatkan sijil Pra-ijazah Undang-undang dari Universiti Teknologi MARA, Kampus Sg. Petani, Kedah pada 2005 sebelum bertukar pengkhususan dan memperoleh Ijazah Sarjanamuda dalam jurusan Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL) di Universiti Kebangsaan Malaysia (2008-2012). Karya: 1. Bisik, ; Buku Fixi 2012 2. Koyak, ; Buku Fixi 2013 3. M, ; Buku Fixi 2015 4. Sasar, ; Buku Fixi 2016 Cerpen: 1. Secangkir Kopi Bersama Dia (antologi cerpen 'KOPI'), Buku Fixi, 2012 2. Aku Yang Kegersangan (antologi cerpen 'BOLA'), Buku Fixi, 2012 3. Mesyuarat Tengah Hari (antologi cerpen 'Untuk Separa Tuhan'), Buku Hitam Press, 2013 4. Kalau Lapar Cari Chomet (antologi cerpen 'KLCC'), Buku Fixi, 2013 5. Catatan Anak Kecil (antologi cerpen 'Tanah Tumpah Darah'), Buku Hitam Press, 2014 6. Menunggu Demi Cinta (antologi cerpen 'Berat Sebelah Kiri'), Buku Hitam Press, 2014 7. E-mel Dari Seberang (antologi cerpen E-book Fixi 'MF2014'), Buku Fixi, 2014 8. Hubungan Berhipotesis (antologi cerpen 'MALAM'), Buku Fixi, 2014 9. Nasi Lemak Sambal Sotong (antologi digital 'Cerpen Hari Jumaat'), Buku Fixi, 2016 10. Roti Kapit Inti Daging (antologi digital 'Cerpen Hari Jumaat'), Buku Fixi, 2016