Margins
2013
First Published
3.83
Average Rating
300
Number of Pages

Part of Series

Sambungan kepada novel bestseller BISIK. Setahun berlalu dan banyak hal telah berubah. Mikael tahu dia sakit, dia mahu pulih. Dia diasingkan dan dirawat oleh Dr. Iesmawi. Perlahan-lahan Mikael tidak ingat akan rakan-rakannya yang dulu pernah akrab terhadapnya. Mindanya seakan dikoyak-koyak. Julia dan Shah hanya mahu melupakan mimpi ngeri yang mereka lalui dan mulakan hidup baru. Atas bantuan Fairudz, mereka bertemu kedamaian di bumi Labuan Namun ada pula yang koyak hatinya dan mahu membereskan apa yang belum sudah. Dia mahu memburu seseorang. Demi sesuatu yang tidak terlunas, dia sanggup lakukan apa saja untuk menjejaki Julia, Shah dan semestinya Mikael—walaupun harus membunuh. Cetakan Pertama : Disember 2013 Cetakan Kedua : Mac 2014 Cetakan Ketiga : Mei 2014

Avg Rating
3.83
Number of Ratings
322
5 STARS
27%
4 STARS
36%
3 STARS
31%
2 STARS
5%
1 STARS
1%
goodreads

Author

Syaihan Syafiq
Syaihan Syafiq
Author · 9 books

Md. Syaihan Syafiq bin Mohd. Anuar atau lebih dikenali sebagai Syaihan Syafiq (lahir pada 28 Jun 1985) lahir di Kota Bharu, Kelantan, lebih dikenali sebagai penulis kepada trilogi novel yang berjudul Bisik yang mula diterbitkan oleh Buku Fixi pada April 2012, disusuli dengan sambungannya Koyak pada Disember 2013 dan novel terakhir dalam siri berkenaan, berjudul M pada April 2015. Syaihan Syafiq mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Bukit Gelugor, Pulau Pinang (1992-1998) dan ke Sekolah Menengah Kebangsaan Penang Free (1999-2000). Seterusnya beliau mendapatkan sijil Pra-ijazah Undang-undang dari Universiti Teknologi MARA, Kampus Sg. Petani, Kedah pada 2005 sebelum bertukar pengkhususan dan memperoleh Ijazah Sarjanamuda dalam jurusan Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL) di Universiti Kebangsaan Malaysia (2008-2012). Karya: 1. Bisik, ; Buku Fixi 2012 2. Koyak, ; Buku Fixi 2013 3. M, ; Buku Fixi 2015 4. Sasar, ; Buku Fixi 2016 Cerpen: 1. Secangkir Kopi Bersama Dia (antologi cerpen 'KOPI'), Buku Fixi, 2012 2. Aku Yang Kegersangan (antologi cerpen 'BOLA'), Buku Fixi, 2012 3. Mesyuarat Tengah Hari (antologi cerpen 'Untuk Separa Tuhan'), Buku Hitam Press, 2013 4. Kalau Lapar Cari Chomet (antologi cerpen 'KLCC'), Buku Fixi, 2013 5. Catatan Anak Kecil (antologi cerpen 'Tanah Tumpah Darah'), Buku Hitam Press, 2014 6. Menunggu Demi Cinta (antologi cerpen 'Berat Sebelah Kiri'), Buku Hitam Press, 2014 7. E-mel Dari Seberang (antologi cerpen E-book Fixi 'MF2014'), Buku Fixi, 2014 8. Hubungan Berhipotesis (antologi cerpen 'MALAM'), Buku Fixi, 2014 9. Nasi Lemak Sambal Sotong (antologi digital 'Cerpen Hari Jumaat'), Buku Fixi, 2016 10. Roti Kapit Inti Daging (antologi digital 'Cerpen Hari Jumaat'), Buku Fixi, 2016

548 Market St PMB 65688, San Francisco California 94104-5401 USA
© 2025 Paratext Inc. All rights reserved