
Part of Series
Berkali-kali Hasan Al-Banna berkata, “Jikalau engkau ingin mencapai kesempurnaan sembahlah Allah sahaja dan jauhkan daripada menyembah benda-benda lain. Jikalau engkau mencari kebenaran, maka engkau dapati setiap benda lain tidak kekal. Yang kekal hanyalah Allah.” Bermula daripada tiada, Hasan Al-Banna membina Ikhwan Muslimin yang menjadi pergerakan Islam yang terus menjadi inspirasi kepada perjuangan Islam di seluruh dunia. Kisah beliau bukan kisah biasa. Menjadi anak kepada tukang kunci yang alim, beliau mencorakkan hidupnya menjadi seorang pejuang. Yang hidupnya hanya untuk Islam dan akhirnya beliau syahid sebagai tokoh yang pengaruhnya masih kuat sehingga sekarang.
Author

Abdul Latip Talib, penulis kelahiran Negeri Sembilan ini sedang mengukir nama di persada sastera tanah air. Dilahirkan di Kg. Ulu Seperi, Rembau, Negeri Sembilan mula menceburkan diri dalam bidang penulisan pada tahun 1990 dalam pelbagai genre; skrip drama TV, cerpen, puisi, dan novel. Sejak itu karyanya banyak meraih hadiah seperti Sayembara Cerpen Berunsur Islam, Hadiah Sastera Utusan, Sayembara Cerpen Perpaduan, dan Anugerah Sastera Negeri Sembilan. Novel Randau Ruai memenangi hadiah pertama Peraduan Menulis Sastera dan Budaya Sarawak manakala novel remaja Beraraklah Awan Pilu memenangi Hadiah Sastera Utusan 2005. Penulis ini telah menghasilkan novel pahlawan Islam Salahudin Ayubi, Khalid Walid, Ikramah Abu Jahal, dan Tariq Ziyad. Kesemuanya diterbitkan oleh PTS.