Margins
Pejuang-Pejuang Yang Benar book cover 1
Pejuang-Pejuang Yang Benar book cover 2
Pejuang-Pejuang Yang Benar book cover 3
Pejuang-Pejuang Yang Benar
Series · 11 books · 2007-2017

Books in series

Salahudin Ayubi book cover
#2

Salahudin Ayubi

Penakluk Jerusalem

2007

Novel Sejarah Islam, Salahudin-Penakluk Jerusalem adalah fakta berkenaan pahlawan Islam yang digarap dalam bentuk kreatif. Salahudin merupakan pahlawan Islam yang terbilang kerana berjaya menakluk Jerusalem dan mengikat perjanjian damai dengan tentera Salib. Novel ini menceritakan secara terperinci strategi peperangan yang digunakan oleh Salahudin dan pasukan tenteranya sehingga berjaya menawan pihak musuh dalam setiap peperangan.
Sultan Muhammad Al-Fateh book cover
#3

Sultan Muhammad Al-Fateh

Penakluk Konstantinopel

2008

Sudah berkali-kali kerajaan Islam dari pelbagai era cuba menakluki Kota Konstantinopel, sudah ribuan tentera yang syahid, tetapi kota itu tetap teguh. Kota yang tinggi dan berlapis-lapis. Dikawal oleh tentera terbaik dengan kedudukan geografi yang menyukarkan sesiapa sahaja untuk mendapatkan serangan. Kota itu terus teguh menjadi kebanggaan kerajaan Byzantine, dan menjadi duri dalam daging kepada kerajaan Islam. Sehinggalah datangnya Sultan Muhammad Al-Fateh. Sultan yang meruntuhkan ego kerajaan Byzantine. Inilah kisah beliau, kisah Sultan Muhammad Al-Fateh.
Umar Abdul Aziz book cover
#4

Umar Abdul Aziz

Bayangan Khalifah Al-Rasyidin

2010

Semasa hidupnya, Khalifah Umar al Khattab selalu berdoa. “Wahai tuhanku, kurniakan aku zuriat yang menguatkan Islam.” Doa Khalifah Umar al Khattab termakbul dengan lahirnya Umar bin Abdul Aziz atau nama sebenarnya Abu Jaafar Umar bin Abdul Aziz bin Marwan bin Hakam bin Ash bin Umaiyah bin Abdi Syams. Ibunya bernama Laila Ummu Ashim binti Ashim bin Umar al Khattab, khalifah al Rasyidin yang kedua. Beliau dilahirkan di Halwan pada tahun 61 Hijrah/683 Masihi. Namun pendapat yang popular mengatakan beliau lahir pada tahun 63 Hijrah/684 Masihi di Kota Madinah ketika tentera Yazid bin Muawiyah dari Damsyik menyerang kota suci tersebut. Selepas menjadi khalifah, Umar Abdul Aziz yang terkenal dengan keadilannya telah menjadikan keadilan sebagai keutamaan pemerintahannya. Beliau mahu semua rakyat dilayan sama adil tidak mengira keturunan dan pangkat supaya keadilan dapat berjalan dengan sempurna. Keadilan yang beliau perjuangkan menyamai keadilan pada zaman datuknya, Khalifah Umar Al-Khatab yang sememangnya dinanti-nantikan oleh rakyat yang selalu ditindas oleh pembesar yang angkuh dan zalim. Novel ini menceritakan dengan lebih lanjut siapa Umar Abdul Aziz dan mengapa dia dianggap sebagai bayangan Khalifah al Rasyidin
Badiuzzaman Said Nursi book cover
#5

Badiuzzaman Said Nursi

Tokoh Pembaharu Islam

2012

Memaparkan kisah hidup seorang tokoh dan pejuang Islam Turki dalam memelihara iman dan akidah umat Islam yang pada ketika itu menghadapi detik-detik kehancuran sejak berakhirnya zaman pemerintahan khalifah. Selepas Turki diisytiharkan sebuah negara Republik, suasana dan budayanya turut berubah sama sekali. Turki menjadi sebuah negara sekular dengan mengharamkan semua syiar Islam seperti menukarkan azan ke dalam bahasa Turki, mengharamkan tulisan Arab selain menyekat kegiatan dakwah. Dilahirkan di desa Nurs dari kalangan keluarga yang dihormati, Said Nursi mempunyai tujuh orang adik beradik dan beliau merupakan anak keempat. Beliau mendapat didikan agama yang secukupnya oleh kedua ibu bapanya, yang merupakan pasangan yang soleh dan solehah serta mempunyai keluasan ilmu agama yang tinggi. Seusai berumur sembilan tahun lagi, beliau sudah mempunyai keinginan yang tinggi dalam menuntut ilmu. Bersama-sama abangnya, Abdullah, mereka berdua merantau ke tempat yang terdapatnya madrasah pengajian demi mendalami ilmu agama. Said Nursi juga merupakan seorang pelajar yang pintar. Beliau dapat menghafal dan memahami isi kitab hanya dengan waktu yang singkat sahaja. Inilah kekuasaan Allah dalam mengurniakan anugerah kepada sesiapa hamba yang dikehendaki- Nya. Beliau diberi gelaran Badiuzzaman yang membawa maksud keunggulan zaman oleh gurunya yang bernama Syeikh Fathu'llah. Selain mendalami ilmu-ilmu agama berkaitan Al-Quran dan Hadis, beliau juga banyak mendalami ilmu sains seperti fizik, kimia, biologi, astronomi dan ilmu kaji bumi. Dengan menguasai cabang-cabang ilmu, Badiuzzaman Said Nursi dilantik menjadi guru. Beliau bertindak dengan menggabungkan ilmu agama dan ilmu sains moden. Baginya, ilmu sains dan ilmu agama tidak dapat dipisahkan. Tafsir Rasa'il al-Nur adalah merupakan karya agung beliau. Karya yang mendapat pengiktirafan daripada para ulama ini adalah tafsiran Al-Quran yang membincangkan ilmu hadis, falsafah, ilmu kalam dan tasawwuf. Selain diterjemahkan ke dalam beberapa jenis bahasa, risalah beliau juga pernah diharamkan edisi pengeluarannya kerana ditakuti mempengaruhi rakyat Turki ketika itu untuk bangkit menegakkan syiar Islam. Buku karya Abdul Latip Talib ini banyak mengupas kehidupan Badiuzzaman Said Nursi dan perjuangan beliau hingga ke akhir hayatnya. Selain mendapat sambutan hangat di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur baru-baru ini, buku terbitan PTS Litera ini juga boleh didapati di Bookcafe PTS atau di mana-mana kedai buku terdekat.
Hasan Al-Banna book cover
#6

Hasan Al-Banna

Perjuangan Belum Selesai

2013

Berkali-kali Hasan Al-Banna berkata, “Jikalau engkau ingin mencapai kesempurnaan sembahlah Allah sahaja dan jauhkan daripada menyembah benda-benda lain. Jikalau engkau mencari kebenaran, maka engkau dapati setiap benda lain tidak kekal. Yang kekal hanyalah Allah.” Bermula daripada tiada, Hasan Al-Banna membina Ikhwan Muslimin yang menjadi pergerakan Islam yang terus menjadi inspirasi kepada perjuangan Islam di seluruh dunia. Kisah beliau bukan kisah biasa. Menjadi anak kepada tukang kunci yang alim, beliau mencorakkan hidupnya menjadi seorang pejuang. Yang hidupnya hanya untuk Islam dan akhirnya beliau syahid sebagai tokoh yang pengaruhnya masih kuat sehingga sekarang.
Sultan Abdul Hamid II book cover
#7

Sultan Abdul Hamid II

Sultan Terakhir Empayar Uthmaniyyah

2016

Kisah Sultan Abdul Hamid II yang cuba memulihkan kembali Empayar Uthamaniyyah, yang digelar orang Sakit Eropah. Pelbagai cabaran yang perlu baginda tempoh, Bukan sahaja cabarand aripada kuasa luar seperti British dan Rusia yang perlu baginda hadapi, malah, serangan dalaman dan pemberontakan juga perlu ditangani. Namun, segala-galanya sudah tersurat. Baginda jatuh juga, dan digantikan dengan seorang sultan boneka. Ini menjadikan baginda, Khalifah Terakhir Empayar Uthamaniyyah.
Shah Jahan book cover
#8

Shah Jahan

Pembina Taj Mahal

2017

Shah Jahan, adalah antara pemerintah Empayar Mughal yang terbilang. Di medan perang, musuh menggeruni namanya, manakala sekutu pula sangat menghormatinya. Semasa kekuasaannya, Empayar Mughal berkembang dan mahsyur namanya ke seluruh dunia. Semua itu tidak akan ada tanpa sokongan seorang perempuan yang memberinya semangat untuk terus berjuang, dan menjadikannya semakin kuat pada ketika dugaan mendatang. Perempuan itulah isterinya yang sangat dia cintai, sehingga diberikan gelaran Mumtaz. Apakan daya, takdir Tuhan tiada siapa yang dapat menghalangnya. Mumtaz meninggal dunia semasa melahirkan anak mereka yang keempat belas. Kerana cintanya yang begitu mendalam kepada Mumtaz, Shah Jahan pun membinakan satu monemun agung – Taj Mahal. Bukti indah sebuah cinta sejati. Namun, tanpa Shah Jahan sedar, Taj Mahal itu jugalah yang akan menyebabkan Empayar Mughal bergoncang!
Hayreddin Barbarossa book cover
#9

Hayreddin Barbarossa

Pembela Islam di Lautan Mediterranean

2014

Kisah laksamana laut Islam yang terbilang. Namun namanya diburuk-burukkan oleh pihak Barat dengan menuduhnya sebagai raja lanun. Sehingga pada filem Pirate of Carribean, wataknya dijadikan inspirasi untuk watak lanun Barbosa. Beliaulah laksamana yang bertanggungjawab membantu kerajaan Turki Uthmaniyyah menguasai laut Mediterranean dan seterunya menjaga perairan laut daripada kuasa asing yang rakus.
Umar Mukhtar book cover
#10

Umar Mukhtar

Singa Padang Pasir

2014

Pada ketika Itali mahu mengembalikan era kegemilangan Empayar Rom, Libya menjadi antara sasaran mereka bagi meluaskan kuasa. Selepas berjaya menghalau tentera Empayar Uthmaniyah daripada Libya, Itali mendabik dada sebagai penjajah. Tetapi kegembiraan Itali tidak lama, kerana di Libya muncul seorang pejuang yang digeruni, pejuang yang mendapat gelaran Singa Padang Pasir, iaitu Umar Mukhtar. Beliau bersama rakyat Libya mengangkat senjata menentang tentera Itali yang serba moden. Walaupun Umar Mukhtar dan tenteranya serba kekurangan, tetapi tentera Itali tidak pernah mampu mengalahkan mereka, tidak mampu menewaskannya, selama puluhan tahun. Semua itu berubah pada ketika kehadiran Jeneral Rodolfo Graziani. Akhirnya buku bertemu ruas. Namun Umar Mukhtar tahu, hidup dan matinya tidak akan pernah sia-sia, kerana dia berjuang demi agama dan bangsa. Perjuangan yang menangnya beroleh pahala, dan matinya menemui syurga. Ikuti kisah Umar Mukhtar, Singa Padang Pasir.
Malcolm X book cover
#12

Malcolm X

Pembela Kulit Hitam Amerika

2016

Malcolm X dilahirkan pada tahun 1925 di Omaha, Nebraska. Bapanya, Earl Little, adalah seorang reverend yang berceramah untuk memperjuangkan hak orang kulit hitam. Oleh kerana ucapan bapanya sering berunsurkan subversif, keluarga Malcolm diserang oleh kumpulan 'white supremacist' Ku Klux Klan dan The Black Legion yang membakar rumah keluarga mereka. Selepas berpindah ke Michigan, bapanya mati dibunuh dan ibunya pula menjadi gila. Malcolm dan adik-beradiknya seramai lapan orang dipisahkan dan diletakkan di bawah keluarga angkat. Malcolmdibawa untuk bersekolah di Mason di bawah penjagaan keluarga Swerlin. Malcolm adalah satu-satunya pelajar berkulit hitam di Mason Junior High School. Dia diskriminasi oleh gurunya sendiri apabila gurunya mahukan dia menjadi seorang tukang kayu daripada cita-citanya yang mahu menjadi seorang peguam. Semua itu kerana warna kulitnya yang berbeza. Apabila memasuki gred kelapan, Malcolm berhenti sekolah untuk tinggal bersama kakak angkatnya, Ella di Boston. Selepas bekerja sebagai penggilap kasut di Boston, Malcolm berpindah ke kawasan Harlem di New York untuk menjual marijuana. Selepas diekori polis narkotik, dia menukar karier menjadi perompak. Nasibnya tidak baik apabila dicekup polis pada tahun 1946 kerana memiliki jam curi. Pada usia 20 tahun, dia dimasukkan ke Charlestown State Prison dengan hukuman penjara sepuluh tahun. Sedangkan tempoh biasa untuk hukuman merompak adalah dua tahun sahaja. Dia mengalami diskriminasi sistem kehakiman hanya kerana kulitnya yang hitam. Di dalam penjara, Malcolm berjumpa dengan rakan banduan, Bimbi. Bimbi menyebabkan Malcolm kembali mempelajari bahasa Inggeris dan membaca buku. Di dalam penjara, Malcolm yang buta huruf belajar menulis, menghafal kamus, dan mempelajari sejarah keturunan orang kulit hitam. Adik-beradiknya sering datang melawat. Satu hari, mereka mengajaknya untuk tidak merokok dan makan babi. Lama-kelamaan, Malcolm mendapat tahu keluarganya sudah memeluk agama Islam di bawah seorang lelaki yang bernama Elijah Muhammad melalui pertubuhan Nation of Islam. Selepas keluar penjara pada tahun 1952 melalui jaminan parol, Malcolm tinggal bersama abangnya di Detroit dan bekerja sebagai jurujual perabot. Pada masa lapang, dia menyertai pergerakan Nation of Islam dan dilantik menjadi pembantu minister pada musim panas tahun 1953. Malcolm menjadi figura penting yang memperjuangkan hak asasi orang kulit hitam di Amerika melalui siri ceramah dan juga pengelibatannya dalam Nation of Islam. Sokongan orang kulit hitam kepadanya menyebabkan Malcolm mengeluarkan seruan yang keras dan pihak berkuasa memandang perkara itu sebagai satu ancaman. Malcolm menjadi orang kedua paling penting dalam Nation of Islam selepas Elijah Muhammad menerusi kemahiran berpidato dan hujahnya yang lantang. Malcolm berjaya menginspirasikan seorang peninju, Cassius Clay atau lebih dikenali sebagai Muhammad Ali untuk menyertai Nation of Islam. Pada tahun 1964, Malcolm meninggalkan Nation of Islam kerana isu kepimpinan dengan Elijah Muhammad. Dia pergi menunaikan haji di Mekah. Melihat bagaimana agama Islam boleh menyatukan penganut yang berbilang kaum dan bangsa, menghimpunkan warna kulit yang berbeza dalam satu perhimpunan yang besar membuatkannya tertarik. Dia melihat Islam sebagai satu cara untuk menghapuskan prejudis perkauman. Selepas menunaikan haji, Malcolm melawat negara-negara Arab dan pulang ke tanah asalnya di beberapa buah negara Afrika. Selepas kembali ke Amerika, Malcolm menggunakan nama Malik el-Shabazz dan mengakui dirinya sebagai seorang Sunni Muslim. Sejak dari hari itu, dia mendapat ugutan daripada Nation of Islam. Pada tahun 1965, Malcolm mati dibunuh oleh tembakan shotgun ketika menghadiri satu rali di Manhattan. Jenazahnya dikebumikan di New York. Sehingga ke hari ini, Malcolm X dikenali sebagai salah seorang sosok orang kulit hitam yang paling penting kerana sumbangannya memperjuangkan hak asasi dan menghapuskan penindasan masyarakat kulit hitam di Amerika.
Ibnu Battuta book cover
#13

Ibnu Battuta

Pengembara Ulung Islam

2016

Dalam masa 30 tahun mengembara, Ibnu Battuta melengkapkan kembaranya ke Afrika Utara, Afrika Barat, Timur Tengah, Asia Selatan, Asia Tengah, Asia Tenggara (termasuk Melaka) dan juga China. Kembaranya bermula ketika Ibnu Battuta berusia 21 tahun semasa dia menunaikan haji ke Mekah. Selepas dari hari itu, dia langsung tidak pulang ke Morocco selama 24 tahun yang berikutnya. Inilah novel yang menceritakan dengan ringkas bagaimana kembara Ibnu Battuta akhirnya melahirkan 'Rihla' yang menjadi kajian di seluruh dunia.⁠⁠⁠⁠

Authors

Abdul Latip Talib
Abdul Latip Talib
Author · 46 books

Abdul Latip Talib, penulis kelahiran Negeri Sembilan ini sedang mengukir nama di persada sastera tanah air. Dilahirkan di Kg. Ulu Seperi, Rembau, Negeri Sembilan mula menceburkan diri dalam bidang penulisan pada tahun 1990 dalam pelbagai genre; skrip drama TV, cerpen, puisi, dan novel. Sejak itu karyanya banyak meraih hadiah seperti Sayembara Cerpen Berunsur Islam, Hadiah Sastera Utusan, Sayembara Cerpen Perpaduan, dan Anugerah Sastera Negeri Sembilan. Novel Randau Ruai memenangi hadiah pertama Peraduan Menulis Sastera dan Budaya Sarawak manakala novel remaja Beraraklah Awan Pilu memenangi Hadiah Sastera Utusan 2005. Penulis ini telah menghasilkan novel pahlawan Islam Salahudin Ayubi, Khalid Walid, Ikramah Abu Jahal, dan Tariq Ziyad. Kesemuanya diterbitkan oleh PTS.

Al Ghazali
Al Ghazali
Author · 10 books

Al Ghazali Sulaiman berasal dari Tangkak, Johor Darul Takzim. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Menengah Sains Johor, Kluang sebelum melanjutkan pelajaran ke Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam. Merupakan mantan peserta Minggu Penulis Remaja (MPR) 2010 anjuran Dewan Bahasa danPustaka. Karya kreatif dan non-kreatif beliau seringkali mendapat tempat di media massa. Antaranya majalah Dewan Ekonomi, Dewan Budaya, Dewan Bahasa, Dewan Sastera, TunasCipta dan Pelita Bahasa. Juga di akhbar Berita Minggu, Mingguan Malaysia, Harakah dan Siasah.

548 Market St PMB 65688, San Francisco California 94104-5401 USA
© 2025 Paratext Inc. All rights reserved