
Sudah berkali-kali kerajaan Islam dari pelbagai era cuba menakluki Kota Konstantinopel, sudah ribuan tentera yang syahid, tetapi kota itu tetap teguh. Kota yang tinggi dan berlapis-lapis. Dikawal oleh tentera terbaik dengan kedudukan geografi yang menyukarkan sesiapa sahaja untuk mendapatkan serangan. Kota itu terus teguh menjadi kebanggaan kerajaan Byzantine, dan menjadi duri dalam daging kepada kerajaan Islam. Sehinggalah datangnya Sultan Muhammad Al-Fateh. Sultan yang meruntuhkan ego kerajaan Byzantine. Inilah kisah beliau, kisah Sultan Muhammad Al-Fateh.