
Part of Series
Dalam masa 30 tahun mengembara, Ibnu Battuta melengkapkan kembaranya ke Afrika Utara, Afrika Barat, Timur Tengah, Asia Selatan, Asia Tengah, Asia Tenggara (termasuk Melaka) dan juga China. Kembaranya bermula ketika Ibnu Battuta berusia 21 tahun semasa dia menunaikan haji ke Mekah. Selepas dari hari itu, dia langsung tidak pulang ke Morocco selama 24 tahun yang berikutnya. Inilah novel yang menceritakan dengan ringkas bagaimana kembara Ibnu Battuta akhirnya melahirkan 'Rihla' yang menjadi kajian di seluruh dunia.
Author

Al Ghazali Sulaiman berasal dari Tangkak, Johor Darul Takzim. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Menengah Sains Johor, Kluang sebelum melanjutkan pelajaran ke Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam. Merupakan mantan peserta Minggu Penulis Remaja (MPR) 2010 anjuran Dewan Bahasa danPustaka. Karya kreatif dan non-kreatif beliau seringkali mendapat tempat di media massa. Antaranya majalah Dewan Ekonomi, Dewan Budaya, Dewan Bahasa, Dewan Sastera, TunasCipta dan Pelita Bahasa. Juga di akhbar Berita Minggu, Mingguan Malaysia, Harakah dan Siasah.