
Part of Series
Pada ketika Itali mahu mengembalikan era kegemilangan Empayar Rom, Libya menjadi antara sasaran mereka bagi meluaskan kuasa. Selepas berjaya menghalau tentera Empayar Uthmaniyah daripada Libya, Itali mendabik dada sebagai penjajah. Tetapi kegembiraan Itali tidak lama, kerana di Libya muncul seorang pejuang yang digeruni, pejuang yang mendapat gelaran Singa Padang Pasir, iaitu Umar Mukhtar. Beliau bersama rakyat Libya mengangkat senjata menentang tentera Itali yang serba moden. Walaupun Umar Mukhtar dan tenteranya serba kekurangan, tetapi tentera Itali tidak pernah mampu mengalahkan mereka, tidak mampu menewaskannya, selama puluhan tahun. Semua itu berubah pada ketika kehadiran Jeneral Rodolfo Graziani. Akhirnya buku bertemu ruas. Namun Umar Mukhtar tahu, hidup dan matinya tidak akan pernah sia-sia, kerana dia berjuang demi agama dan bangsa. Perjuangan yang menangnya beroleh pahala, dan matinya menemui syurga. Ikuti kisah Umar Mukhtar, Singa Padang Pasir.
Author

Al Ghazali Sulaiman berasal dari Tangkak, Johor Darul Takzim. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Menengah Sains Johor, Kluang sebelum melanjutkan pelajaran ke Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam. Merupakan mantan peserta Minggu Penulis Remaja (MPR) 2010 anjuran Dewan Bahasa danPustaka. Karya kreatif dan non-kreatif beliau seringkali mendapat tempat di media massa. Antaranya majalah Dewan Ekonomi, Dewan Budaya, Dewan Bahasa, Dewan Sastera, TunasCipta dan Pelita Bahasa. Juga di akhbar Berita Minggu, Mingguan Malaysia, Harakah dan Siasah.