Margins
Kerana Cinta Aku Derhaka book cover
Kerana Cinta Aku Derhaka
Jejak Sejarah Johor-Riau
2017
First Published
4.06
Average Rating
300
Number of Pages

Part of Series

Jatuh cinta saya pada bumi Kota Tinggi di Johor membuatkan saya menulis buku ini. Bumi yang bersejarah, saksi kepada kisah megah, tragis dan romantis. Walaupun tinggalan sejarah yang ada di Kota Tinggi hanyalah runtuhan kota, desa sunyi dan makam-makam lama di tepi sungai, namun khayal mengenang kisah silam di sana sungguh mengasyikkan. Sudah beberapa kali saya ke sana, semakin lama semakin mendalamlah rasa cinta. Bukankah sejarah itu adalah cinta? Sejarah tidak mengajar kita lemah, namun membangkitkan kekuatan. Sejarah tidak membuatkan kita takut, malah bertambah berani. Sejarah tidak melemahkan semangat, bahkan menghidupkan semangat. Sejarah itu adalah cinta!

Avg Rating
4.06
Number of Ratings
18
5 STARS
39%
4 STARS
33%
3 STARS
22%
2 STARS
6%
1 STARS
0%
goodreads

Author

Syed Azharul Asriq
Syed Azharul Asriq
Author · 5 books

Beliau kini aktif sebagai peguam jenayah di sekitar KL, Selangor, Johor dan Pulau Pinang. Beliau telah membuka firma guamannya sendiri, Tetuan Azharul & Chui yang beroperasi di Petaling Jaya. Selain dari turun naik mahkamah dan keluar masuk lokap, beliau sangat meminati sejarah. Pada waktu lapang, beliau akan menziarahi makam raja dan tapak istana untuk mengenang sejarah lampau. Setelah mendapat ilham, beliau akan mengarang buku-buku sejarah untuk dikongsikan kepada anda semua. Kini beliau telah menerbitkan 8 buah buku sejarah di pasaran.

548 Market St PMB 65688, San Francisco California 94104-5401 USA
© 2026 Paratext Inc. All rights reserved