Margins
Margins
548 Market St PMB 65688, San Francisco California 94104-5401 USA
hello@margins.app
·
+1 (650) 223-5283
Privacy Policy
·
Terms of Use
© 2026 Paratext Inc. All rights reserved
Travelog Inderasakti
Travelog Inderasakti
Series · 2 books · 2017-2018
By
Syed Azharul Asriq
Books in series
#1
Kerana Cinta Aku Derhaka
2017
Jatuh cinta saya pada bumi Kota Tinggi di Johor membuatkan saya menulis buku ini. Bumi yang bersejarah, saksi kepada kisah megah, tragis dan romantis. Walaupun tinggalan sejarah yang ada di Kota Tinggi hanyalah runtuhan kota, desa sunyi dan makam-makam lama di tepi sungai, namun khayal mengenang kisah silam di sana sungguh mengasyikkan. Sudah beberapa kali saya ke sana, semakin lama semakin mendalamlah rasa cinta. Bukankah sejarah itu adalah cinta? Sejarah tidak mengajar kita lemah, namun membangkitkan kekuatan. Sejarah tidak membuatkan kita takut, malah bertambah berani. Sejarah tidak melemahkan semangat, bahkan menghidupkan semangat. Sejarah itu adalah cinta!
#2
Pulau Mas Kahwin
2018
Buku ini dikarang adalah untuk mengenang kembali suatu ketika dahulu, Pulau Penyengat Inderasakti pernah berdaulat. Menjadi pusat pemerintahan Johor-Riau, bersejarah lagi penuh kisah lampau. Pulau yang telah dijadikan mas kahwin Sultan Johor yang ke-15, Sultan Mahmud Syah III kepada permaisurinya. Pulau itu juga menjadi tumpuan para pencinta ilmu dan tempat berkumpul intelektual Melayu zaman dahulu. Di situ jugalah Syed Syeikh al-Hadi berguru pada zaman mudanya dan mula membentuk fikirnya yang mulia itu. Buya Hamka juga pernah menziarahi Pulau Penyengat dalam kunjungan pertamanya ke Riau pada tahun 1954. Bukan tanpa sebab Hamka menziarahinya. Tentulah Hamka telah lama mendengar nama pulau yang tidak dapat dilepaskan dari nama pujangga Raja Ali Haji.
Author
Syed Azharul Asriq
Author · 6 books