Margins
Kitab Tamadun Mongol book cover
Kitab Tamadun Mongol
2021
First Published
4.21
Average Rating
515
Number of Pages

Part of Series

Bangsa Mongol adalah kaum nomad yang membina kuasanya dengan cara penaklukan yang kejam dan menakutkan, tetapi dalam hal ehwal pemerintahan, mereka boleh dikatakan sangat profesional, berfikiran terbuka dan sangat inovatif. Mongol menjadi jurutera penting yang memanfaatkan setiap teknologi yang pernah dicipta oleh manusia. Bagi menjelaskan perihal faktor penaklukan dan bagaimana berdirinya peradaban yang berasal dari padang rumput yang luas, banyak perkara yang perlu difahami terlebih dahulu. Ia merangkumi pelbagai faktor sama ada dalam konteks rasional dari segi ekonomi hinggalah dalam bentuk kepercayaan rohaniah seperti mandat daripada tuhan. Oleh itu, Kitab Tamadun Mongol akan membawa pembaca menelusuri kembali sejarah bangsa pemanah berkuda ini bermula daripada kejatuhan para pendahulu mereka, kelahiran dan kebangkitan konfederasi Mongol yang bersatu, perpecahan dan perang saudara yang melahirkan beberapa negeri-negeri Kekhanan kecil hinggalah berakhirnya era Khagan-khagan Mongol yang ditelan arus zaman.

Avg Rating
4.21
Number of Ratings
19
5 STARS
47%
4 STARS
26%
3 STARS
26%
2 STARS
0%
1 STARS
0%
goodreads

Author

Amir Asyraf Alwi
Amir Asyraf Alwi
Author · 1 books
Lelaki melayu berasal dari Kuala Terengganu, Terengganu ini merupakan penulis "freelance" di The Patriots. Jejaka lulusan Akademi Seni Terengganu ini sangat meminati sejarah negara Turki dan menjadikan bermain gitar sebagai hobi beliau.
548 Market St PMB 65688, San Francisco California 94104-5401 USA
© 2025 Paratext Inc. All rights reserved