Margins
Kru Paranormal book cover
Kru Paranormal
Hantu Misi
2022
First Published
4.07
Average Rating
144
Number of Pages

Part of Series

“Mangsa bernama Farina. Berusia enam belas tahun. Masih bersekolah. Ibu dan ayahnya meninggalkan dia bersendirian di rumah pada jam dua petang tadi dan kembali ke rumah dalam jam lapan malam,” lapor Koperal Darina. Inspektor Rahil menghampiri mayat gadis itu dan meneliti keadaannya. “Kesan kelar di leher, dan tidak ada banyak darah menitis di lantai. Sama dengan kes hantu misi?” “Ya, tuan,” jawab Koperal Darina. “Jadi, kita ada kes pembunuh bersiri,” kata Inspektor Rahil sambil mengenakan cermin mata hitamnya. * * * Bandar raya Johor Bahru dikejutkan dengan beberapa kes pembunuhan gadis-gadis sunti. Kecoh di media sosial kononnya ia angkara hantu misi apabila ada saksi yang mendakwa melihat kereta berwarna putih yang dipandu seorang wanita berpakaian jururawat di tempat kejadian. Kononnya hantu misi ini adalah seorang wanita yang wajahnya menjadi buruk kerana melanggar pantang ilmu hitam yang dipelajarinya untuk menjadi lebih cantik. Untuk memulihkan wajahnya, dia perlu membunuh dan meminum darah sembilan anak dara sunti. Kisah hantu misi yang popular di Internet menarik Imtiaz untuk menjadikannya sebagai bahan dalam saluran YouTube Kru Paranormal. Dia memulakan penyiasatannya sendiri, dan ia membawa kepada pertemuannya dengan seorang gadis, yang tanpa pengetahuannya, dihantui oleh lembaga manusia berkepala kambing. Dapatkah Inspektor Rahil dan Koperal Darina, dengan bantuan Imtiaz menghentikan kes pembunuhan bersiri ini dan mencari dalangnya yang bertanggungjawab?

Avg Rating
4.07
Number of Ratings
68
5 STARS
26%
4 STARS
54%
3 STARS
19%
2 STARS
0%
1 STARS
0%
goodreads

Author

548 Market St PMB 65688, San Francisco California 94104-5401 USA
© 2025 Paratext Inc. All rights reserved