

Books in series

#1
Lawak Kampus
Menebak Imposter
2023
Ada imposter dalam kalangan kita!
Sesuatu telah terjadi pada Bepop yang ditemui terbaring tidak sedarkan diri di auditorium SMK Lawak Kampus. Petunjuk yang ada hanya sedikit. Namun Froggy tahu, ada dalam kalangan mereka tak berpuas hati dengan Bepop. Tiket BACKPINK yang berada di tangan Bepop pasti jadi punca. Semua orang mempunya motif kukuh dan episod tuduh-menuduh bermula. Dapatkan Froggy dan yang lain merungkai misteri yang penuh berselirat ini?
'Kenapa aku tidak nampak sebelum ini? Petunjuknya memang ada kat sini. Aku je yang buta!'

#4
Lawak Kampus
Game On!
2026
Novel Interaktif LAWAK KAMPUS: GAME ON!
PLAY, PAUSE, RESTART!
Pilihan 1 - “Apa kata kita ubah penampilan Xena? Bantu dia jadi cantik.”
Pilihan 2 - “Eh, kau ni pelajar baru kelas kitorang, kan? Kenapa kau ada kat sini? Kau ikut kitorang ke? Sebenarnya… kitorang nak ponteng kelas.”
Bantu Xena atau ikut Vanness ponteng kelas di hari pertama sekolah?
Kata orang, sesal dulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna. Tapi kalau kamu pelajar baru di SMK Lawak Kampus, lain pula ceritanya!
Ikuti pengembaraan sebagai pelajar baru di sekolah serba ‘unik’ ini. Dalam novel interaktif ini, kamu boleh jadi pelajar baik yang mematuhi peraturan atau jadi pelajar nakal yang cetuskan pelbagai masalah. Setiap pilihan pastinya membawa kamu ke penamat yang berbeza!
Author

Iqbal Rafiuddin
Author · 7 books
Iqbal Rafiuddin merupakan penulis pelbagai genre. Pernah menulis untuk Terfaktab, Bukupojok, MagicBean (Gempakstarz), Fixi dan Menara Seni.