
Part of Series
Novel Interaktif LAWAK KAMPUS: GAME ON! PLAY, PAUSE, RESTART! Pilihan 1 - “Apa kata kita ubah penampilan Xena? Bantu dia jadi cantik.” Pilihan 2 - “Eh, kau ni pelajar baru kelas kitorang, kan? Kenapa kau ada kat sini? Kau ikut kitorang ke? Sebenarnya… kitorang nak ponteng kelas.” Bantu Xena atau ikut Vanness ponteng kelas di hari pertama sekolah? Kata orang, sesal dulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna. Tapi kalau kamu pelajar baru di SMK Lawak Kampus, lain pula ceritanya! Ikuti pengembaraan sebagai pelajar baru di sekolah serba ‘unik’ ini. Dalam novel interaktif ini, kamu boleh jadi pelajar baik yang mematuhi peraturan atau jadi pelajar nakal yang cetuskan pelbagai masalah. Setiap pilihan pastinya membawa kamu ke penamat yang berbeza!
Author

