Margins
Margins
548 Market St PMB 65688, San Francisco California 94104-5401 USA
hello@margins.app
·
+1 (650) 223-5283
Privacy Policy
·
Terms of Use
© 2026 Paratext Inc. All rights reserved
Mr. Right ...
Mr. Right ...
Series · 3 books · 2012-2026
By
Ain Maisarah
Books in series
#1
Mr. Right Selebriti
2012
Nana Ilyana, dahulu popular sebagai The Wannababes di Sekolah Sri Bangsar. Kini usianya di penghujung 20-an, masih seorang tiada berteman. Tiada calon suami boleh dibawa bertemu keluarga dan diperkenalkan. Mencari teman hidup bukan semudah memilih kasut. Itu motto Nana bila bercerita tentang jodoh. Lalu dia membuka mata luas-luas, hasrat hati mahu memilih lelaki yang paling setia dan paling menghargainya. Namun hakikatnya, itu misi mustahil kerana pada usia sebegini, lelaki-lelaki baik kebanyakannya sudah berkahwin dan beranak dua!
#2
Mr. Right Berkopiah
2013
Sazzy, gadis yang sangat sempurna segalanya. Kerjaya glamor sebagai seorang pramugari. Kecantikan dan popularitinya setaraf selebriti. Kemewahan ibu bapa yang melimpah-ruah. Namun, ada satu kekurangan Sazzy. Kekurangannya adalah... dia belum bersuami. Dalam pencarian jodohnya, Sazzy tidak menyangka bertemu lelaki berkopiah bernama Adam. Berjawatan pensyarah agama dan memberi kuliah di masjid setiap malam. Aduh, memang kontras sangat dengan imej Sazzy yang berskirt pendek dan rambut mengerbang. Namun perasaan suka mengatasi segala-galanya. Sazzy nekad untuk mendekati Adam. Rupa-rupanya ada halangan menimpa. Paling mencabar bila ada pula seorang gadis yang berjubah dan berpurdah yang turut mendekati Adam.
#5
Mr. Right Korporat
2026
Kerjaya atau suami, mana satu yang patut dikejar oleh seorang wanita dalam kehidupan masa kini? Itulah dilema Nur Shasha binti Dato' Saidini. Usja menghampiri 30-an, tetapi belum ada calon... tetap tidak berteman. Datang Yusri bekas pelajar Sekolah Sri Bangsar yang diketahui lengkap pakej, kacak pun boleh tahan. Malangnya... pada ketika Shasha mula menaruh harapan, rupa-rupanya Yusri diletak dalam syarikat demi mengganggu gugat posisinya sebagai CEO. Shasha diminta berentap merebut jawatan tertinggi itu dengan lelaki yang disukainya! Lalu satu cabaran dibuat, kedua-duanya perlu pergi ke Kampung New York, Sarawak bagi menyelesaikan urusan tender sistem solar. Siapa yang berjaya, dialah yang diangkat menjadi CEO syarikat. Pada kala berebut jawatan, bagaimana mahu mempertahan hati dan perasaan? Dalam pada mengejar KPI dan mengalahkan sesama sendiri. mungkinkah masih ada lagi ruang berbaik dan hidup bersama? Ini bukan novel romantis, tetapi cerita tentang seputar kisan dunia korporat yang penuh sabotaj. Mampukah wanita memiliki bahagia cinta pada masa yang sama mendaki tangga dunia korporat yang berliku cabarannya?
Author
Ain Maisarah
Author · 80 books