Kerjaya atau suami, mana satu yang patut dikejar oleh seorang wanita dalam kehidupan masa kini? Itulah dilema Nur Shasha binti Dato' Saidini. Usja menghampiri 30-an, tetapi belum ada calon... tetap tidak berteman. Datang Yusri bekas pelajar Sekolah Sri Bangsar yang diketahui lengkap pakej, kacak pun boleh tahan. Malangnya... pada ketika Shasha mula menaruh harapan, rupa-rupanya Yusri diletak dalam syarikat demi mengganggu gugat posisinya sebagai CEO. Shasha diminta berentap merebut jawatan tertinggi itu dengan lelaki yang disukainya! Lalu satu cabaran dibuat, kedua-duanya perlu pergi ke Kampung New York, Sarawak bagi menyelesaikan urusan tender sistem solar. Siapa yang berjaya, dialah yang diangkat menjadi CEO syarikat. Pada kala berebut jawatan, bagaimana mahu mempertahan hati dan perasaan? Dalam pada mengejar KPI dan mengalahkan sesama sendiri. mungkinkah masih ada lagi ruang berbaik dan hidup bersama? Ini bukan novel romantis, tetapi cerita tentang seputar kisan dunia korporat yang penuh sabotaj. Mampukah wanita memiliki bahagia cinta pada masa yang sama mendaki tangga dunia korporat yang berliku cabarannya?