Margins
Margins
548 Market St PMB 65688, San Francisco California 94104-5401 USA
hello@margins.app
·
+1 (650) 223-5283
Privacy Policy
·
Terms of Use
© 2026 Paratext Inc. All rights reserved
NGERI
NGERI
Series · 3 books · 2011-2015
By
Gina Yap Lai Yoong
Books in series
#1
NGERI
2011
Joanne, Samuel dan Rehan tiga sekawan mahasiswa filem yang bercita-cita besar untuk maju sehingga ke Hollywood. Kegilaan mereka: menghasilkan skrip-skrip yang menampilkan pembunuhan sadis. Skrip-skrip mereka selalunya ditolak oleh profesor, yang merasakan ceritanya tak berasaskan logik. Namun, segalanya berubah menjadi menggerunkan apabila berlaku siri pembunuhan sebenar yang mirip skrip-skrip mereka. Trio itu saling mencurigai. Apabila pembunuhan semakin mendekati persekitaran universiti, keadaan bertukar cemas. Adakah pembunuh NGERI itu sememangnya salah seorang dari mereka? Cetakan Pertama : September 2011 Cetakan Kedua : Februari 2012 Cetakan Ketiga : November 2012 Cetakan Keempat : Mac 2013 Cetakan Kelima : Mei 2013 Cetakan Keenam : September 2013 Cetakan Ketujuh : Januari 2014 \-
#2
MANGSA
2012
MANGSA adalah sambungan kepada novel NGERI. Nazwan dan Natalia merupakan BFF. Dan juga FWB. Hani dan Jo berkongsi persahabatan yang luar biasa. Ramai yang terlopong bila melihat mereka. Detektif Hema masih obses dengan kes NGERI yang dianggapnya tidak selesai. Obsesinya memakan diri. Gadis-gadis mula ghaib dari seluruh pelosok negara. Inspektor Rashid mengetuai pasukan OH (Orang Hilang) mencari. Suatu hari, anaknya juga turut lenyap... Apakah kaitan semua kes hilang ini dengan sebuah rumah lodge terpencil di dalam hutan? Mungkinkah Jo yang bersalah? Atau mungkinkah mereka semua bakal menjadi MANGSA seorang pembunuh bersiri yang kejam?
#3
Trilogi Ngeri #3
2015
Buku terakhir dalam trilogi NGERI. Hampir tiga tahun kemudian, kes Ngeri dan Mangsa masih menghantui jiwa Detektif Hema. Dia tidak puas hati yang penjenayah itu terlepas begitu saja. Perihal yang sama juga menghantui Samuel dan Joanne yang pulang setelah menempa nama di Hollywood; Kiran yang mungkin mengetahui lebih daripada apa yang dia beritahu; dan Nazwan dan Natalia yang menghadapi konflik yang paling mencabar dalam hubungan mereka. Semua orang mempunyai obsesi masing-masing tetapi hanya satu obsesi yang akan memusnahkan segala-galanya. Siapakah pemangsa sebenarnya?
Author
Gina Yap Lai Yoong
Author · 5 books