
Joanne, Samuel dan Rehan tiga sekawan mahasiswa filem yang bercita-cita besar untuk maju sehingga ke Hollywood. Kegilaan mereka: menghasilkan skrip-skrip yang menampilkan pembunuhan sadis. Skrip-skrip mereka selalunya ditolak oleh profesor, yang merasakan ceritanya tak berasaskan logik. Namun, segalanya berubah menjadi menggerunkan apabila berlaku siri pembunuhan sebenar yang mirip skrip-skrip mereka. Trio itu saling mencurigai. Apabila pembunuhan semakin mendekati persekitaran universiti, keadaan bertukar cemas. Adakah pembunuh NGERI itu sememangnya salah seorang dari mereka? Cetakan Pertama : September 2011 Cetakan Kedua : Februari 2012 Cetakan Ketiga : November 2012 Cetakan Keempat : Mac 2013 Cetakan Kelima : Mei 2013 Cetakan Keenam : September 2013 Cetakan Ketujuh : Januari 2014 -