Margins
OMG! Gadis Berhantu book cover
OMG! Gadis Berhantu
2015
First Published
4.22
Average Rating
140
Number of Pages

Part of Series

Hantu? Itu makhluk yang mahu didampingi. Rumah usang? Itu destinasi yang disukai. Ini kisah tentang Siti Anum, budak yang sangat obsess terhadap kisah-kisah seram, alam ghaib dan mistik. Dia sememangnya kera sumbang, tiada kawan dek kerana minatnya yang menakutkan. Apabila berpindah ke sekolah Sri Bangsar, neneknya iaitu Mak Esah bimbang sekiranya gadis itu tidak dapat menyesuaikan diri. Tidak mahu cucu kesayangan tambah terasing lagi, diaturkan pertemuan bersama anak rakan. Gadis bernama Zuliana diminta jadi teman paksa mesra dengan Siti Anum yang pelik orangnya. Pada masa yang sama, kecoh di sekitar taman perumahan Sri Bangsar bahawa kawasan itu diganggu oleh hantu-hantu yang berkeliaran. Siti Anum yang sememangnya merupakan peminat sejati hantu menjadi teruja mahu menjejak makhluk itu. Siti Anum mengajak Zuliana agar menyertai misi gila yang menyeramkan bulu roma. Benarkah ada hantu yang menganggu kedamaian Bangsar? Berjayakah Siti Anum menjejak hantu berkenaan? Apakah yang bakal menimpa Zuliana yang penakut apabila benar-benar bertentang mata dengan pocong dan pontianak? Semuanya terjawab dalam OMG! Budak Berhantu!

Avg Rating
4.22
Number of Ratings
49
5 STARS
57%
4 STARS
20%
3 STARS
14%
2 STARS
4%
1 STARS
4%
goodreads

Authors

Ain Maisarah
Ain Maisarah
Author · 78 books
Graduated with TESL degree from Universiti Darul Iman Malaysia.
548 Market St PMB 65688, San Francisco California 94104-5401 USA
© 2026 Paratext Inc. All rights reserved