


Books in series

#4
OMG! Gadis Berhantu
2015
Hantu? Itu makhluk yang mahu didampingi. Rumah usang? Itu destinasi yang disukai. Ini kisah tentang Siti Anum, budak yang sangat obsess terhadap kisah-kisah seram, alam ghaib dan mistik. Dia sememangnya kera sumbang, tiada kawan dek kerana minatnya yang menakutkan.
Apabila berpindah ke sekolah Sri Bangsar, neneknya iaitu Mak Esah bimbang sekiranya gadis itu tidak dapat menyesuaikan diri. Tidak mahu cucu kesayangan tambah terasing lagi, diaturkan pertemuan bersama anak rakan. Gadis bernama Zuliana diminta jadi teman paksa mesra dengan Siti Anum yang pelik orangnya.
Pada masa yang sama, kecoh di sekitar taman perumahan Sri Bangsar bahawa kawasan itu diganggu oleh hantu-hantu yang berkeliaran. Siti Anum yang sememangnya merupakan peminat sejati hantu menjadi teruja mahu menjejak makhluk itu. Siti Anum mengajak Zuliana agar menyertai misi gila yang menyeramkan bulu roma. Benarkah ada hantu yang menganggu kedamaian Bangsar? Berjayakah Siti Anum menjejak hantu berkenaan? Apakah yang bakal menimpa Zuliana yang penakut apabila benar-benar bertentang mata dengan pocong dan pontianak? Semuanya terjawab dalam OMG! Budak Berhantu!

#5
OMG! Ratu Gosip
2015
Ritah Ridaini, mulutnya mengalahkan murai tercabut ekor. Jika tidak bergosip seharian... badan terasa seram sejuk. Segala kontroversi artis dihafal dalam minda, segala isu di Sekolah Sri Bangsar memang diketahuinya. Itu buatkan Ritah paling terkemuka, setaraf wartawan Melodi yang dicari-cari semua.
Ritah juga pengumpul tegar majalah hiburan, dijilidkan satu per satu mengikut keluaran. Diletakkan label kategori gosip yang mahu dibuat rujukan. Memang Ritah seorang penggosip tegar!
Pada suatu hari, Ritah menjumpai sebuah diari yang mengandungi segala rahsia sulit para pelajar perempuan di Sekolah Sri Bangsar. Ritah gigih menyebarkan apa yang terkandung di dalam diari berkenaan. Akibatnya, berlaku kekecohan yang maha dahsyat kerana pelajar-pelajar perempuan jadi bertengkar sesama sendiri dek gosip liar yang disebarkan.

#6
OMG! Gila Buku
2016
Ayda Tuah, terlalu obses dengan buku sehingga menjejaskan kehidupannya sehari-sehari! Memerap di dalam bilik, masa dihabiskan menghadap buku 24jam tanpa henti. Minat mengikuti perkembangan penulis-penulis, ia lebih dihargai berbanding komunikasi dengan ahli keluarga sendiri. Di sekolah pula, Ayda membaca buku tidak kira masa. Oleh hal yang demikian, pelajar menggelakannya 'hantu buku Sri Bangsar'.
Obsesinya juga telah menyebabkan prestasi akademik Ayda merosot. Keputusan ujian tidak memuaskan, lalu Cikgu Haizi meminta Bettylina menjadi teman ulangkaji dala sesi peer study. Ibu Ayda juga menjalankan sekatan di rumah. Tiada lagi perbelanjaan bulanan, buku-buku disita, telefon bimbit dan komputer riba turut diharamkan penggunaan.
Tambah kronik, satu insiden buruk telah berlaku apabila Ayda dituduh secara membuta tuli. Dikatakan mencuri buku perpustakaan sekolah, demi memuaskan nafsu membaca yang tidak boleh dibendung lagi! Ayda kesal kerana sifat 'hantu buku' itu telah memakan diri. Hanya Betty yang percaya Ayda tidak bersalah, lalu setia bersama menyelesaikan masalah. Ayda mesti menyelesaikan konflik, hantu buku mesti berubah jadi heroin buku. Mampukah itu berlaku? Baca selanjutnya dalam OMG! Gila Buku!

#7
OMG! A+
2017
Raina calon SPM, terkenal dengan kebijaksanaan. Sentiasa mendapat markah tertinggi dan tempat pertama. Namun dalam peperiksaan awal tahun, keputusannya sedikit merudum walaupun masih mengekalkan takhta pertama.
Ayahnya yang bergelar profesor pula mengugut dan menekan.Meletak kondisi: mesti dapat semua gred A+ dalam peperiksaan! Gred lain gred murahan... gred kelas bawahan! Jika tidak capai target, Raina tidak dibenarkan sambung pelajaran di luar negara seperti yang diimpikan.

#8
OMG! Gila Meow
2017
Meow... meow... meow!Itulah bunyi paling damai pada telinga Aniz Zulaikha, seorang pencinta kucing yang tiada tara. Siapa tidak suka binatang yang comel dan gebu. Pandai berkelip mata, bijak bermanja... sekaligus memberi terapi ketenangan setiap masa. Maka tidak hairanlah, Aniz membela sehingga berbelas-belas ekor haiwan itu!
Namun halangan melanda kerana dia berjiran dengan Pak Cik Wahid, pembenci kucing paling tegar. Suara pasti memetir marah setiap kali si bulu mendekati kawasan rumah. Pada orang tua itu, kucing hanya membawa bau hancing menusuk hidung serta meninggalkan tahi busuk berketul-ketul. Tiada guna langsung! Jiran-jiran turut memandang serong, maka Aniz perlu perbetulkan persepsi buruk tentang si meow! Mujur dipertemukan dengan Amanda Krishna, seorang pemelihara haiwan profesional.
Authors

Ain Maisarah
Author · 78 books
Graduated with TESL degree from Universiti Darul Iman Malaysia.