Margins
Margins
548 Market St PMB 65688, San Francisco California 94104-5401 USA
hello@margins.app
·
+1 (650) 223-5283
Privacy Policy
·
Terms of Use
© 2026 Paratext Inc. All rights reserved
Perang-Perang Yang Benar
Perang-Perang Yang Benar
Series · 4 books · 2010-2012
By
Abdul Latip Talib
Books in series
#1
Perang Badar
2010
Kisah Perang Badar. Ini novel yang berkisah secara lengkap berkenaan Perang Badar. Ia bermula daripada galau di Mekah yang akhirnya membawa penghijrahan Nabi Muhammad SAW ke Madinah. Di Madinah Nabi Muhammad SAW menjadi ketua yang dihormati dan beliau membina Madinah menjadi wilayah yang berdaulat. Konflik bermula apabila Quraisy kafir di Mekah tidak mengiktiraf pemerintahan Islam di Madinah. Mereka cuba menceroboh kawasan Madinah semasa kafilah dagang mereka mahu berdagang ke Syam tanpa meminta izin daripada pihak Madinah. Pihak Islam Madinah tidak berdiam diri. Mereka mengetatkan kawalan di kawasan sempadan dan akhirnya perang pun tercetus.
#2
Perang Uhud
2012
Perang Uhud berlaku pada hari Sabtu 11 Syawal tahun ke-3 Hijrah/ 26 Mac 625 Masihi antara pasukan Quraisy Mekah dipimpin Abu Sufyan bin Harb dengan pasukan muslimin di bawah pimpinan Nabi Muhamad SAW. Pasukan musyrikin Mekah berjumlah tiga ribu orang lengkap dengan senjata serta mendapat bantuan daripada beberapa kabilah Arab, antaranya Kinanah dan Tihamah. Pasukan muslimin pada mulanya berjumlah seribu orang tetapi pada saat-saat akhir, Abdullah bin Ubai dan para pengikutnya seramai 300 orang menarik diri pulang ke Madinah. Jumlah sebenar pasukan muslimin yang terlibat dengan Perang Uhud adalah seramai 700 orang sahaja. Gunung Uhud terletak di sebelah utara Kota Madinah. Jauhnya kira-kira enam kilometer dari Masjid Nabawi. Dinamakan Gunung Uhud kerana keadaannya tunggal tidak bersambung dengan gunung-gunung yang lain. Dari jauh gunung itu tampak kemerahan kerana terdiri dari batu kerikil merah. Dalam pertempuran di kaki Gunung Uhud itu, pasukan muslimin mengalami kekalahan di mana 71 orang gugur syahid manakala di pihak lawan hanya 23 orang sahaja yang terbunuh. Antara yang syahid ialah Hamzah bin Abdul Mutalib. Rasulullah sendiri mengalami luka-luka di bahagian muka dan gigi beliau patah. Gunung Uhud adalah gunung yang bersejarah bagi orang Islam kerana di sinilah bersemadinya 71 orang syuhada termasuk Hamzah bin Abdul Mutalib. Menurut satu riwayat, di situ juga letaknya kubur Nabi Harun saudara kandung Nabi Musa. Bagi mereka yang pernah melawat Gunung Uhud, pastinya pernah melihat kedudukannya yang agak condong sedikit kerana kedudukan itu ada kaitannya dengan sejarah Perang Uhud. Diberitakan, ketika para syuhada hendak dikebumikan agak jauh sedikit dari Gunung Uhud, maka Gunung Uhud bergerak untuk mengikut mengiringi jenazah itu. Namun baginda Rasulullah SAW melarang Gunung Uhud dari berubah tempatnya. Oleh sebab itulah, Gunung Uhud sedikit condong dari kedudukan asalnya.
#3
Perang Khandaq
2011
Perang Khandaq atau Perang Ahzab berlaku pada tahun kelima hijrah. Dinamakan Khandaq (parit) kerana tentera Islam menggali parit yang panjangnya hampir mengelilingi Kota Madinah bagi menghadang serangan musuh. Dinamakan Ahzab (bersekutu) kerana musuh yang datang menyerang Madinah terdiri daripada beberapa kabilah Arab, Yahudi dan Habsyi. Jumlah mereka 10000 orang, sedangkan tentera Islam cuma 3000 orang. Dalam perang ini, sekiranya tentera Ahzab dapat melepasi parit yang digali itu, tentera Ahzab akan meluru dan menghapuskan seluruh Madinah. Tentera Islam terpaksa memperkukuhkan pertahanan dan tentera musuh terus mengepung sambil mencari jala. Hari-hari perang pun menjadi semakin panjang. Pada suatu saat, tentera ahzab sudah nekad. Taktik melepasi parit sudah dirancang. Satu serangan akhir, satu serangan besar akan dilancarkan. Serangan yang akan menentukan siapa yang menang perang. Sementara itu tentera Islam pula sudah berniat syahid. Lalu bagaimana akhirnya perang?
#4
Perang Khaibar
2011
Akibat dari permusuhan itu kaum Yahudi Bani Qainuqa’ dan Bani Nadhir dihalau keluar dari Madinah. Kaum lelaki Bani Quraizah pula dihukum bunuh kerana membantu tentera Ahzab menyerang Madinah dalam perang Khandaq. Kota Khaibar menjadi tumpuan orang Yahudi Bani Qainuqa’, Bani Nadhir dan beberapa kabilah yahudi lagi. Kerana itu jumlah penduduknya 10 ribu orang. Punca Rasulullah menakluk kota Khaibar apabila mereka membantu tentera ahzab menyerang Madinah. Kemudian mereka mengajak kaum Yahudi lain termasuk Wadi Qurra, Taima’, Fadak dan kabilah Arab Ghafatan menyerang Madinah sekali lagi. Nabi Muhammad SAW bertindak pantas menakluk Kota Khaibar dahulu sebelum mereka sempat melakukan serangan.
Author
Abdul Latip Talib
Author · 49 books