Margins
Perang Uhud book cover
Perang Uhud
Sejarah Duka Tentera Islam
2012
First Published
4.38
Average Rating
246
Number of Pages

Part of Series

Perang Uhud berlaku pada hari Sabtu 11 Syawal tahun ke-3 Hijrah/ 26 Mac 625 Masihi antara pasukan Quraisy Mekah dipimpin Abu Sufyan bin Harb dengan pasukan muslimin di bawah pimpinan Nabi Muhamad SAW. Pasukan musyrikin Mekah berjumlah tiga ribu orang lengkap dengan senjata serta mendapat bantuan daripada beberapa kabilah Arab, antaranya Kinanah dan Tihamah. Pasukan muslimin pada mulanya berjumlah seribu orang tetapi pada saat-saat akhir, Abdullah bin Ubai dan para pengikutnya seramai 300 orang menarik diri pulang ke Madinah. Jumlah sebenar pasukan muslimin yang terlibat dengan Perang Uhud adalah seramai 700 orang sahaja. Gunung Uhud terletak di sebelah utara Kota Madinah. Jauhnya kira-kira enam kilometer dari Masjid Nabawi. Dinamakan Gunung Uhud kerana keadaannya tunggal tidak bersambung dengan gunung-gunung yang lain. Dari jauh gunung itu tampak kemerahan kerana terdiri dari batu kerikil merah. Dalam pertempuran di kaki Gunung Uhud itu, pasukan muslimin mengalami kekalahan di mana 71 orang gugur syahid manakala di pihak lawan hanya 23 orang sahaja yang terbunuh. Antara yang syahid ialah Hamzah bin Abdul Mutalib. Rasulullah sendiri mengalami luka-luka di bahagian muka dan gigi beliau patah. Gunung Uhud adalah gunung yang bersejarah bagi orang Islam kerana di sinilah bersemadinya 71 orang syuhada termasuk Hamzah bin Abdul Mutalib. Menurut satu riwayat, di situ juga letaknya kubur Nabi Harun saudara kandung Nabi Musa. Bagi mereka yang pernah melawat Gunung Uhud, pastinya pernah melihat kedudukannya yang agak condong sedikit kerana kedudukan itu ada kaitannya dengan sejarah Perang Uhud. Diberitakan, ketika para syuhada hendak dikebumikan agak jauh sedikit dari Gunung Uhud, maka Gunung Uhud bergerak untuk mengikut mengiringi jenazah itu. Namun baginda Rasulullah SAW melarang Gunung Uhud dari berubah tempatnya. Oleh sebab itulah, Gunung Uhud sedikit condong dari kedudukan asalnya.

Avg Rating
4.38
Number of Ratings
26
5 STARS
58%
4 STARS
23%
3 STARS
19%
2 STARS
0%
1 STARS
0%
goodreads

Author

Abdul Latip Talib
Abdul Latip Talib
Author · 46 books

Abdul Latip Talib, penulis kelahiran Negeri Sembilan ini sedang mengukir nama di persada sastera tanah air. Dilahirkan di Kg. Ulu Seperi, Rembau, Negeri Sembilan mula menceburkan diri dalam bidang penulisan pada tahun 1990 dalam pelbagai genre; skrip drama TV, cerpen, puisi, dan novel. Sejak itu karyanya banyak meraih hadiah seperti Sayembara Cerpen Berunsur Islam, Hadiah Sastera Utusan, Sayembara Cerpen Perpaduan, dan Anugerah Sastera Negeri Sembilan. Novel Randau Ruai memenangi hadiah pertama Peraduan Menulis Sastera dan Budaya Sarawak manakala novel remaja Beraraklah Awan Pilu memenangi Hadiah Sastera Utusan 2005. Penulis ini telah menghasilkan novel pahlawan Islam Salahudin Ayubi, Khalid Walid, Ikramah Abu Jahal, dan Tariq Ziyad. Kesemuanya diterbitkan oleh PTS.

548 Market St PMB 65688, San Francisco California 94104-5401 USA
© 2025 Paratext Inc. All rights reserved