
Selepas Baitulmuqaddis jatuh ke tangan tentera Salib, umat Islam kehilangan taring. Kerajaan Salib Jerusalem kukuh mempertahankan Baitulmuqaddis. Sehinggalah jatuhnya kota Edessa ke tangan Sultan Imaduddin Zangi. Kerajaan salib mula menjadi resah. Bantuan segera dipohon daripada kerajaan-kerajaan Eropah. Bilangan tentera yang besar dari Eropah datang membantu dengan membawa semangat Perang Salib Kedua. Semangat yang lebih kuat bagi menakluki lebih besar wilayah Islam. Pada saat getir itulah munculnya pemimpin lagenda, Salahudin Al-Ayubi, yang bukan sahaja menyekat, malah turut membuka kembali kota Baitulmuqaddis kepada umat Islam.