Margins
Margins
548 Market St PMB 65688, San Francisco California 94104-5401 USA
hello@margins.app
·
+1 (650) 223-5283
Privacy Policy
·
Terms of Use
© 2026 Paratext Inc. All rights reserved
Perang Salib
Perang Salib
Series · 3 books · 2013-2014
By
Abdul Latip Talib
Books in series
#1
Perang Salib Pertama
2013
Inilah permulaan bagi siri peperangan yang paling panjang dalam sejarah peradaban manusia. Ia bermula dengan Maharaja Alexius 1, yang meminta bantuan Barat, demi mempertahankan Empayar Rom Byazantine. Seruan itu bersambut, dengan Paus Urban II berucap di persidangan Clermont. Dia menyeru bagi membantu Empayar Rom Byzantine, menyeru kepada balas dendam, dan menyeru membebaskan Baitulmuqaddis. Seruan itu merebak ke seluruh Eropah. Akhirnya puluhan ribu sukarelawan sudah berkumpul di Kota Konstantinopel. Sementara itu, jauh di Timur, kerajaan Islam Turki Seljuk, Kerajaan Fatimiyah Mesir, Bani Abbasiyah terus bertelagah kuasa. Mereka tidak sedar, satu gerombolan tentera yang tinggi semangat juangnya, yang dahsyat kemahuannya sedang menuju ke arah mereka, yang akan menghancurkan segala yang menghalang. Mereka adalah gerombolan tentera Salib. Lalu, apa akhirnya bagi Perang Salib yang pertama?
#2
Perang Salib Kedua
2014
Selepas Baitulmuqaddis jatuh ke tangan tentera Salib, umat Islam kehilangan taring. Kerajaan Salib Jerusalem kukuh mempertahankan Baitulmuqaddis. Sehinggalah jatuhnya kota Edessa ke tangan Sultan Imaduddin Zangi. Kerajaan salib mula menjadi resah. Bantuan segera dipohon daripada kerajaan-kerajaan Eropah. Bilangan tentera yang besar dari Eropah datang membantu dengan membawa semangat Perang Salib Kedua. Semangat yang lebih kuat bagi menakluki lebih besar wilayah Islam. Pada saat getir itulah munculnya pemimpin lagenda, Salahudin Al-Ayubi, yang bukan sahaja menyekat, malah turut membuka kembali kota Baitulmuqaddis kepada umat Islam.
#3
Perang Salib Ketiga
2014
Selepas Baitulmuqaddis berjaya dibuka oleh Salahudin Al-Ayubi, negara-negara Kristian Eropah mula menggerakkan misi merampas kembali tanah suci itu. Raja-raja besar Eropah mengumpulkan kekuatan tentera yang mencapai ratusan ribu orang, lalu berarak menuju ke Timur. Antara raja-raja itu, muncul seorang raja yang menjadi duri dalam daging kepada tentera Islam. Beliau adalah Richard I, Raja England yang lebih dikenali sebagai Richard The Lionheart. Kegagahan beliau di medan tempur dan kepintaran strateginya, menyebabkan tentera Islam mengalami beberapa kekalahan. Akibatnya Richard The Lionheart sudah semakin hampir dengan Baitulmuqaddis. Namun, tentera IsIam di bawah pimpinan Salahudin Al-Ayubi tidak pernah patah semangat. Lalu apa akhir pertembungan dua pemimpin agong ini?
Author
Abdul Latip Talib
Author · 49 books