
Selepas Baitulmuqaddis berjaya dibuka oleh Salahudin Al-Ayubi, negara-negara Kristian Eropah mula menggerakkan misi merampas kembali tanah suci itu. Raja-raja besar Eropah mengumpulkan kekuatan tentera yang mencapai ratusan ribu orang, lalu berarak menuju ke Timur. Antara raja-raja itu, muncul seorang raja yang menjadi duri dalam daging kepada tentera Islam. Beliau adalah Richard I, Raja England yang lebih dikenali sebagai Richard The Lionheart. Kegagahan beliau di medan tempur dan kepintaran strateginya, menyebabkan tentera Islam mengalami beberapa kekalahan. Akibatnya Richard The Lionheart sudah semakin hampir dengan Baitulmuqaddis. Namun, tentera IsIam di bawah pimpinan Salahudin Al-Ayubi tidak pernah patah semangat. Lalu apa akhir pertembungan dua pemimpin agong ini?