
Part of Series
Keadaan umat Islam di Andalusia menjadi semakin lemah apabila Khalifah Hisyam Al-Muaiyad memerintah. Beliau diangap tidak berwibawa sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati rakyat, termasuk kalangan kaum keluarganya sendiri. Akibatnya, pemerintahan Khalifah Umaiyah Andalusia mula berpecah apabila ramai pembesar di seluruh wilayah Andalusia mahu memerintah sendiri. Pemerintah Kristian pula mengambil kesempatan ini dengan memburukkan lagi keadaan. Mereka menghasut para pembesar agar memberontak. Walapun Islam masih mampu bertahan untuk beberapa ratus tahun lagi, tetapi ia sudah lemah. Musuh cuma menunggu seseorang yang dapat memukul mundur, kerajaan Islam. Sehinggalah tibanya Ratu Isabella dan Raja Ferdinand, Islam diAndalusia akhirnya runtuh. Jangan lupa untuk dapatkan juga buku pertama dalam siri ini.
Author

Abdul Latip Talib, penulis kelahiran Negeri Sembilan ini sedang mengukir nama di persada sastera tanah air. Dilahirkan di Kg. Ulu Seperi, Rembau, Negeri Sembilan mula menceburkan diri dalam bidang penulisan pada tahun 1990 dalam pelbagai genre; skrip drama TV, cerpen, puisi, dan novel. Sejak itu karyanya banyak meraih hadiah seperti Sayembara Cerpen Berunsur Islam, Hadiah Sastera Utusan, Sayembara Cerpen Perpaduan, dan Anugerah Sastera Negeri Sembilan. Novel Randau Ruai memenangi hadiah pertama Peraduan Menulis Sastera dan Budaya Sarawak manakala novel remaja Beraraklah Awan Pilu memenangi Hadiah Sastera Utusan 2005. Penulis ini telah menghasilkan novel pahlawan Islam Salahudin Ayubi, Khalid Walid, Ikramah Abu Jahal, dan Tariq Ziyad. Kesemuanya diterbitkan oleh PTS.