Margins
Margins
548 Market St PMB 65688, San Francisco California 94104-5401 USA
hello@margins.app
·
+1 (650) 223-5283
Privacy Policy
·
Terms of Use
© 2026 Paratext Inc. All rights reserved
Sejarah Hitam Islam
Sejarah Hitam Islam
Series · 8 books · 2009-2015
By
Abdul Latip Talib
,
Al Ghazali
,
Zaini Rejab
Books in series
#1
Hulagu Khan
2009
Hulagu Khan ialah cucu kepada Genghis Khan. Adik beradik dengan Arik Boke, Mongke Khan dan Kublai Khan. Pada tahun 1255 Hulagu Khan dihantar oleh Mongke Khan (1251-1258) bagi menakluk wilayah yang pernah dikuasai oleh orang Monggol di Timur Tengah. Selepas berjaya menakluk wilayah Lurs, di Iran dan Hashasim, Hulagu Khan menumpukan usaha menakluk Kota Baghdad. Setelah berjaya menumbangkan Khalifah al Musta’sim Billah dan menakluk Kota Baghdad, Hulagu Khan menakluk Damsyik (Syria). Kemudian cuba menakluk Mesir.
#2
Mustafa Kamal Ataturk
2011
Mustafa Kamal Ataturk adalah bapa sekularisme Turki. Lelaki yang memusnahkan institusi khalifah Islam. Dia lelaki yang membawa Barat ke Turki dengan menolak Islam. Dia lelaki yang memberi kisah, untuk kita renungkan, bagaimana murahnya maruah agama apabila dunia menjadi matlamat.
#3
Perang Jementah
2010
Berita kemangkatan Sultan Ali mengejutkan seluruh penduduk Umbai-Kesang. Sebelum magkat, baginda mewasiatkan supaya Tengku Mahmod dilantik menjadi sultan menggantikan baginda. Tengku Mahmod adalah Putera Almarhum Sultan dengan isteri ketiga baginda, iaitu orang kebanyakan. Pelantikan ini ditentang oleh Tengku Alam, putera sulung baginda daripada isteri tuanya. Akibat tentangan itu, tercetuslah perang saudara yang pertama di Johor. \- See more at: https://www.e-sentral.com/search/q/pe...
#4
Isabella
2013
Ini adalah bahagian pertama menceritakan kisah kehidupan Isabella sejak dilahirkan sehingga menjadi ratu. Isabella dilahirkan dalam istana dengan penuh kemewahan, hidupnya mula berubah setelah kematian ayahnya. Beliau dianiaya oleh abang tirinya yang tamakan kuasa. Keadaan Isabella menjadi lebih sengsara apabila ibunya mengidap sakit mental. Isabella terpaksa hidup di bawah pengawasan abang tirinya yang kejam. Isabella hampir menjadi mangsa perkahwinan politik yang diatur abang tirinya. Akhirnya Isabella berkahwin dengan Ferdinand putera Aragon, bintangnya cerah sehingga berjaya menjadi ratu. Bahagian kedua nanti akan menceritakan pula bagaimana seorang perempuan yang pada masa kecilnya hidup menderita, bersikap lemah lembut dan penyayang boleh bertukar watak menjadi kejam dengan memaksa orang Islam menukar agama, dihalau keluar dari Sepanyol malah ramai yang dibunuh dan dibakar hidup-hidup sehingga pada zamannya tidak ada lagi umat Islam di Andalus...
#5
Runtuhnya Islam Andalusia
2014
Keadaan umat Islam di Andalusia menjadi semakin lemah apabila Khalifah Hisyam Al-Muaiyad memerintah. Beliau diangap tidak berwibawa sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati rakyat, termasuk kalangan kaum keluarganya sendiri. Akibatnya, pemerintahan Khalifah Umaiyah Andalusia mula berpecah apabila ramai pembesar di seluruh wilayah Andalusia mahu memerintah sendiri. Pemerintah Kristian pula mengambil kesempatan ini dengan memburukkan lagi keadaan. Mereka menghasut para pembesar agar memberontak. Walapun Islam masih mampu bertahan untuk beberapa ratus tahun lagi, tetapi ia sudah lemah. Musuh cuma menunggu seseorang yang dapat memukul mundur, kerajaan Islam. Sehinggalah tibanya Ratu Isabella dan Raja Ferdinand, Islam diAndalusia akhirnya runtuh. Jangan lupa untuk dapatkan juga buku pertama dalam siri ini.
#6
Dracula
2015
Novel ini mengisahkan hidup Vlad III Dracula, pemerintah Wallachia sejak dari kecil sampai beliau dewasa. Kisah bagaimana dia menjadi tahanan politik di istana Empayar Turki, dan kemudiannya dengan dendam membara, dia menjadi seorang yang kejam, terutamanya kepada orang Turki. Dia hauskan darah, dan kekejaman itu menjadikan inspirasi kepada kisah-kisah budaya popular Dracula.
#7
Perang Arab Israel 1973
2012
Semasa Perang Enam Hari pada tahun 1967, tentera Israel menawan keseluruhan Semenanjung Sinai. Mesir bukan sahaja kehilangan tanah yang luas, malah maruah bangsa Arab turut tercalar. Kini, Mesir mula mengatur strategi bagi membebaskan semula Semenanjung Sinai daripada cengkaman Israel, demi maruah bangsa dan agama. Strategi tempur sudah dilakar dan segala persiapan sudah dibuat. Hanya menunggu detik yang tepat. Namun, Israel bukan calang-calang musuh. Israel sudah membina kubu pertahanan yang kuat di sepanjang tebing timur Terusan Suez. Mereka juga mempunyai kelebihan daripada segi persenjataan terutamanya kereta kebal dan jet pejuang moden. Mampukah tentera Mesir menebus kembali luka lama?
#8
Tertubuhnya Negara Haram Israel
2014
Perjuangan rakyat Palestin sehingga ke titik akhir bagi menidakkan kewujudan negara haram Israel. Perjuangan bagi sebuah negara Palestin merdeka, namun akhirnya kerana kecurangan pemimpin-pemimpin negara Arab, dan kerana rapimya perancangan Israel, akhirnya negara haram tertubuh juga.
Authors
Abdul Latip Talib
Author · 49 books
Al Ghazali
Author · 11 books
Zaini Rejab
Author · 2 books