Margins
Margins
548 Market St PMB 65688, San Francisco California 94104-5401 USA
hello@margins.app
·
+1 (650) 223-5283
Privacy Policy
·
Terms of Use
© 2026 Paratext Inc. All rights reserved
Khalifah-Khalifah Yang Benar
Khalifah-Khalifah Yang Benar
Series · 4 books · 2008-2010
By
Abdul Latip Talib
Books in series
#1
Khalifah-khalifah Yang Benar
2010
"Aku berwasiat akan kamu supaya sentiasa bertakwa kepada Allah dan mendengar serta taat (kepada pemimpin) sekalipun yang memimpin kamu itu hanya seorang hamba. Sesungguhnya sesiapa yang panjang umurnya daripada kamu pasti dia akan melihat perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kamu berpegang teguh dengan sunnahku dan sunnah para Khulafa Ar Rasyidin Al Mahdiyin (Khalifah-Khalifah yang mengetahui kebenaran dan mendapat pimpinan ke jalan yang benar) dan gigitlah sunnah-sunnah itu dengan gigi geraham dan jauhilah perkara-perkara yang baharu (bidaah) yang diada-adakan, kerana sesungguhnya tiap-tiap bidaah itu adalah sesat." Hadis direkodkan oleh Abu Daud dan Tirmizi. Inilah kisah Khulafa Ar Rasyidin Al Mahdiyin dengan cerita yang berbeza. Mereka adalah sahabat-sahabat Nabi Muhammad SAW yang dijanjikan syurga. Abu Bakar as Siddiq, lelaki yang tidak pernah ragu membenarkan semua kata-kata Nabi. Diangkat menjadi khalifah selepas wafatnya junjungan agung. Dikenali sebagai peneguh kerajaan Islam dan berjasa sebagai penghapus nabi-nabi palsu. Umar al Khattab, lelaki yang awalnya keras ke atas Islam, akhirnya menjadi lelaki pendinding agama yang benar. Beliau harum sebagai pengembang empayar Islam. Uthman Affan, lelaki yang mengahwini dua puteri Nabi. Dikenali sebagai dermawan dan dikenang sebagai pengumpul al-Quran. Ali bin Abi Talib, lelaki yang punyai pertalian darah dengan Nabi. Menjadi kanak-kanak pertama memeluk Islam. Dihormati kerana tinggi ilmunya dan dikenang sebagai pahlawan Islam yang tidak pernah gentar kepada musuh. Mereka mengetahui kebenaran dan mendapat pimpinan ke jalan yang benar. Mereka adalah, khalifah-khalifah yang benar.
#2
Abu Bakar
2008
Abu Bakar as-Siddiq, sahabat sejati Nabi Muhammad yang dilantik menjadi khalifah Islam pertama selepas beliau wafat pada tahun 632 H. Jasa khalifah Abu Bakar as-Siddiq yang paling besar adalah mengumpulkan semula ayat-ayat al-Quran. Ini berlaku apabila ramai yang menghafal ayat-ayat suci itu terbunuh dalam peperangan. Kerana bimbang umat Islam kehilangan ayat-ayat suci itu maka Khalifah Abu Bakar as-Siddiq menyuruh Umar al-Khattab dan sahabat-sahabatnya mengumpulkan semua ayat-ayat al-Quran. Itulah kitab suci al-Quran yang dikenal hingga ke hari ini. ABU BAKAR AS SIDDIQ WIRA ISLAM Walaupun Khalifah Abu Bakar As Siddiq memerintah selama dua tahun tiga bulan sepuluh hari sahaja namun berjaya menundukkan mereka yang murtad, enggan membayar zakat dan yang mengaku menjadi nabi. Selepas berjaya mengatasi masalah dalaman maka beliau menumpukan perhatian pada kerajaan Rom dan Parsi yang sekian lama mengancam umat Islam. Khalifah Abu Bakar as-Siddiq mentadbir Negara Islam dengan membahagikannya kepada beberapa bahagian antaranya Mekah, Taif, Sana’a, Hadramaut, Halwan, Rima’, Hajran, Jash, dan Bahrain. Beliau melantik wakil-wakil pada setiap bahagian tertsebut. Mereka menjadi imam, pentadbir, menjalankan keadilan, menyelesaikan perselisihan, dan sebagainya.
#3
Umar Al-Khattab
2009
Khalifah Umar al-Khattab berjaya mencipta sejarah keemasan negara Islam yang mendapat penghormatan dan sanjungan sepanjang zaman. Beliau manusia berbakat dan pintar menjadi lambang kejayaan bangsa Arab dan umat Islam. Dalam masa 10 tahun 6 bulan beliau memerintah, seluruh empayar Rom dan Parsi tunduk di bawah kuasa pemerintahan Islam. Selain sebagai penakluk, Khalifah Umar al-Khattab juga berjaya menyusun pentadbiran yang berkesan dan teratur. Dia pengasas sistem politik Islam, pelaksana undang-undang syariah dalam negara dan berjaya membentuk sebuah negara Islam yang baru. Di bidang keselamatan dalam negeri, beliau menubuhkan pasukan polis. Bagi mengukuhkan sistem pertahanan, beliau membina penempatan tentera serta pelabuhan bagi pembinaan kapal laut. Pahlawan yang berjaya menundukkan Parsi dan Rom ini turut mengasaskan bandar-bandar baru bagi mengembangkan kebudayaan Islam. Selain itu beliau juga memajukan bidang pertanian dan mengasaskan sistem pelajaran Islam. Umar al-Khattab mahir dalam ilmu fikah dan seorang pemidato yang hebat. Beliau seorang ahli gusti dan penunggang kuda yang cekap. Walaupun berada di tampuk kekuasaan, pencetus zaman keemasan negara Islam ini hidup sederhana mencontohi Rasulullah SAW.
#5
Ali bin Abi Talib
2009
Ali bin Abi Talib dilahirkan pada tahun ke-9 sebelum Nabi Muhammad s.a.w. menjadi Rasul. Usianya 31 lebih muda daripada Nabi Muhammad s.a.w. lbunya Fatimah binti Asad bin Hasyim binti Abdul Manaf daripada Bani Hasyim. Ayahnya Abu Talib bin Abdul Mutalib bin Hasyim. Nama asalnya Haidarah, Rasulullah s.a.w. memanggilnya Ali. Selain itu pernah juga Rasulullah s.a.w. memanggilnya Abu Turab. Ali bin Abi Talib dididik dan dibesarkan dalam rumah tangga Rasulullah s.a.w.. Beliau kanak-kanak pertama memeluk Islam ketika berumur 9 tahun. Beliau terkenal sebagai orang yang alim dan bijaksana, penghafal al-Quran, seorang sasterawan dan ahli pidato, seorang pahlawan perang dan negarawan. Dia seorang yang berilmu dan cintakan ilmu. Ali juga adalah pelopor ilmu tauhid, ilmu mantiq, fiqih, ilmu nahu dengan penulisan bahasa Arab. Terdapat empat golongan yang mempunyai kaitan dengan Ali iaitu Ahlus Sunnah, Syiah, Al-khawarij dan Bani Umaiyah. Syiah begitu menyanjung Ali bin Abi Talib. Al-Khawarij pula adalah mereka yang keluar dari kelompok Ali. Sehubungan itu Khalifah Ali bin Abi Talib pernah berkata, "Ada segolongan orang yang demi cintanya kepada aku mereka bersedia masuk neraka. Tetapi ada segolongan lain yang demi kebenciannya kepada aku sampai mereka bersedia masuk neraka." Novel ini mencantumkan perca-perca kehidupan Saidina Ali bin Abi Talib sejak mula sehingga akhirnya.
Author
Abdul Latip Talib
Author · 49 books